Pada jam 1:00 pm, murid diminta berkumpul di gelanggang bola keranjang. Guru penasihat membawa ahli masing-masing ke tempat atau bilik yang ditetapkan.
Guru penasihat mengambil kehadiran murid.
Guru penasihat memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta mengawasi murid semasa aktiviti dijalankan.
Guru penasihat hendaklah membimbing setiausaha unit mencatat laporan mingguan aktiviti.
Guru penasihat perlu menghantar fail aktiviti kokurikulum ke Stesen 1 (bilik guru) untuk disemak oleh penyelaras selewat-lewatnya 3 hari dari tarikh aktiviti kokurikulum dijalankan.
Guru-guru perlu mengambil perhatian tentang beberapa perkara di bawah.
6.1 Setiap murid mesti memakai uniform atau pakaian yang sesuai dan lengkap.
6.2 Murid yang cedera, kurang sihat, mempunyai penyakit kronik, semput atau lelah tidak dibenarkan mengambil bahagian.
6.3 Guru penasihat hendaklah memastikan semua alatan sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan oleh murid.
6.4 Peralatan yang sudah rosak hendaklah dilaporkan kepada S/U Sukan/kokurikulum dan PK Kokurikulum sama ada untuk diperbaiki atau dihapus kira.
6.5 Setiap peralatan sukan tidak diizinkan membawa keluar dari kawasan sekolah dan setiap peralatan mesti direkodkan dalam buku log pinjam / pulang peralatan sukan.
6.6 Dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan / permainan di tempat lapang semasa hari hujan dan adanya kilat atau petir
6.7 Guru penasihat diminta mencungkil murid-murid yang berbakat atau berpotensi untuk dijadikan wakil sekolah.