1. Pertandingan
1.1 Guru bertanggungjawab pertandingan luar sekolah hendaklah memilih murid yang berpotensi pada awal persekolahan. Guru patut melatih murid setiap minggu pada waktu aktiviti kokurikulum serta memberi latihan intensif selama dua bulan sebelum pertandingan dijalankan.Selepas pertandingan, guru perlu memilih wakil sekolah yang baru untuk tahun hadapan. Latihan disambungkan serta-merta.
1.2 Guru penasihat yang mengelola pertandingan dalaman sekolah harus merancang pertandingan berdasarkan tarikh yang ditentukan. Guru penasihat harus menyediakan kertas kerja pertandingan 1 bulan sebelum pertandingan bermula. 1 SALINAN kertas kerja (softcopy)perlu dihantar kepada PK Kokurikulum untuk disemak. Kemudian Hantar 1 SALINAN kertas kerja, kertas konsep hantar kepada Guru Besar untuk tandatangan & nota minta untuk tempahan hadiah.
1.3 Hantar 1 SALINAN laporan lengkap (hardcopy) kepada PKKK dalam tempoh 2 minggu selepas program/ pertandingan.
1.4 MUATNAIK SEMUA BAHAN PERTANDINGAN KE GOOGLE DRIVE.
2. Kehadiran
2.1 Guru penasihat harus mengambil kedatangan murid pada hari aktiviti / latihan dijalankan. Rekod kehadiran perlu dicatat dalam fail aktiviti kokurikulum. Guru penasihat harus mengira peratusan kehadiran murid pada hujung setiap bulan dan akhir tahun. Analisis perlu disediakan selepas aktiviti dan disimpan dalam fail kokurikulum unit / kelab.
2.2 Guru : Guru penasihat harus melaporkan ketidakhadiran kepada Pn. Guru Besar dan PKKK sebelum pukul 7.00 pagi hari aktiviti kokurikulum sekiranya beliau ambil cuti sakit, cuti rehat atau urusan rasmi yang terjatuh pada hari kokurilulum. Bagi guru yang gagal maklum sila kemukakan surat tunjuk sebab.
2.3 Murid : Ibu bapa / penjaga murid harus menyediakan surat pemohonan cuti yang bertandatangan kepada guru penasihat sebelum hari aktiviti kokurikulum atau sebaliknya hadir ke sekolah.
2.4 Jika murid tidak hadir berturut-turut atau sering tidak hadir, guru penasihat harus berhubung dengan guru kelas untuk mendapat maklumat yang selanjutnya. Guru penasihat bertanggungjawab mengeluarkan surat amaran kepada murid yang tidak menghadiri aktiviti tanpa sebab yang munasabah atau tidak hadir 3 hari berturut-turut.
3. Rancangan Tahunan Kokurikulum
Guru penasihat harus menyediakan rancangan unit kokurikulum tahunan sebelum sesi persekolahan berakhir. Lampirkan rancangan tersebut dalam fail unit masing-masing. 2 salinan diperlukan sebagai kegunaan rekod simpanan PK KK dan hantaran ke PPDHL.
4. Laporan Mingguan Kokurikulum
Guru harus membimbing setiausaha unit/ kelab untuk mencatatkan laporan mingguan aktiviti pada hari aktiviti dijalankan. Laporan disemak oleh penyelaras dan dihantar kepada PK KK untuk ditandatangani.
5. Displin Dan Keselamatan
5.1 Murid-murid harus berkumpul di tempat yang ditetapkan dengan berdisplin sebelum aktiviti dijalankan. Guru penasihat wajib turun ke tapak berhimpun dan membawa murid ke tempat aktiviti.
5.2 Tempat / kelas menjalankan aktiviti yang ditetapkan tidak dibenarkan bertukar.
5.3 Dilarang membuat bising semasa aktiviti dijalankan agar tidak menggangu aktiviti lain.
5.4 Semasa aktiviti / latihan dijalankan, murid-murid dilarang merayau-rayau di kawasan sekolah. Keselamatan dan kesihatan murid amat diutamakan semasa aktiviti dijalankan.
6. Tempat dan Peralatan
6.1 Guru penasihat patut memastikan kebersihan kelas dan tempat aktiviti.
6.2 Guru penasihat harus melantik murid yang tertentu sahaja untuk mengambil dan meminjam alatan.
6.3 Murid-murid harus mendapatkan kebenaran guru penasihat untuk mendapatkan alatan.
6.4 Semua alatan yang telah digunapakai mesti dipulangkan ke tempat asal.