PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA

Tujuan Penubuhan Kadet Polis

  • Bertujuan melahirkan insan yang bertanggungjawab, berdisiplin dan berpelajaran.

  • Membentuk tulang belakang dalam pembangunan negara dari semua aspek baik ekonomi, politik dan perbaharuan.

  • Menjadikan insan yang bertanggungjawab, berpelajaran dan berdisiplin.

Penubuhan Pasukan Kadet Polis (PKP) di sekolah-sekolah adalah dirujuk mengikut Ordinan No.2 ( Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 Akta Polis 1967.


  • Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis (PKP) di mana-mana sahaja di Malaysia seperti yang diperintahkan oleh YB Menteri Dalam Negeri.


  • Pasukan Kadet Polis terdiri daripada :

1. Pegawai Kanan PKP

2. Pegawai Pangkat Rendah PKP

3. Anggota PKP


  • Penubuhan PKP dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah sahaja dan dibahagikan kepada ;

1. PKP Lelaki

2. PKP Wanita