ORGANISASI DALAM PASUKAN KADET POLIS

Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet. Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang Penolong Penguasa Polis (Assistant Superintendent of Police , ASP ) Kadet sebagai Komander Kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Penolong Komander Kompeni, empat orang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, dua belas orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 orang anggota kadet.

Walau bagaimanapun, kelonggaran diberi jika mana-mana pasukan mempunyai jumlah platun yang kurang atau lebih bagi membolehkan penubuhan satu kompeni dan seterusnya.


Carta Organisasi Pengurusan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia