BENDERA & LOGO

Bendera Sang Saka Biru

'Sang Saka Biru' adalah nama bendera PDRM yang telah diperkenalkan pada 16 Mei 1994 dan digunakan sehinggalah sekarang. Ia lambang keunggulan dan kemegahan PDRM.



Warna biru dipilih kerana telah diterima sebagai warna sejagat dan digunakan oleh kebanyakan polis di seluruh dunia. Biru melambangkan keamanan, kesejahteraan dan ketenteraman yang menjadi teras perjuangan pasukan polis.

Di tengah-tengah terdapat lambang polis berwarna putih. Bulan & bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara. Kalimah Allah dan Muhammad melambangkan unsur keimanan sebagai wadah kedaulatan Islam. Mahkota mencerminkan bahawa pasukan PDRM sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah serta penghormatan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di atas pengurniaan gelaran "Diraja".

Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Parang Elang atau Klewang melambangkan negeri Sabah dan Sarawak. Harimau melambangkan keberanian dan ketangkasan dalam menghadapi cabaran dan ancaman musuh. Kalungan bunga padi melambangkan makanan asasi serta kemakmuran negara. Motto 'Polis Diraja Malaysia' menunjukkan ketinggian serta keazaman anggota pasukan.

Bendera polis dikibarkan pada setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 6.00 petang dengan tatacara dan penghormatan tertentu.


Logo

  • Bulan bintang melambangkan Islam sebagai Agama Rasmi Negara.

  • Kalimah Allah melambangkan unsur keimanan sebagai wadah kedaulatan Agama Islam.

  • Mahkota mencerminkan bahawa Pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu penghormatan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di atas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada Pasukan.

  • Keris melambangkan Semenanjung Malaysia.

  • Parang Elang atau Kelewang melembangkan negeri Sabah dan Sarawak.

  • Harimau melambangkan keberanian dan ketangkasan dalam menghadapi cabaran musuh.

  • Bunga padi melambangkan makanan asasi serta kemakmuran negara.