korporat

Tn Hj Shahilon bin Abd Halim,

Timbalan Pengarah,

Sektor Pembelajaran, JPN Johor.

sekapur sireh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah dan kurnia-Nya saya diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan Sekapur Sireh ini. Sekalung ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Penyelaras STEM JPN Johor dan semua pihak atas penghasilan laman web Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ). Segala komitmen ini merupakan usaha murni yang amat bernilai dalam usaha memastikan segala maklumat berkaitan dengan STEM dapat disampaikan ke semua warga pendidik bermula di peringkat jabatan sehinggalah ke peringkat sekolah demi memantapkan lagi pembudayaan STEM di negeri Johor.

Dalam PPPM 2013-2025, di antara yang diberi penekanan adalah pengukuhan kualiti pendidikan STEM yang dapat membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berhemah tinggi, kreatif, inovatif dan kompetitif selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Jabatan Pendidikan Negeri Johor berharap agar laman web ini dapat digunakan oleh warga pendidik sebagai salah satu sumber bahan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat lebih ramai murid menceburi bidang STEM di peringkat sekolah, pengajian tinggi dan di alam kerjaya. Penguasaan dalam bidang STEM dapat membantu generasi menangani cabaran dan berdaya saing di peringkat global.

Laman web ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh warga pendidik dan ibu bapa, malah penting untuk dirujuk oleh pegawai-pegawai yang berada di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah memandangkan laman web ini mengandungi pelbagai informasi yang berguna berkenaan aktiviti dan pembudayaan pendidikan STEM di negeri ini. Selain itu, web ini turut mengandungi maklumat penyelaras STEM di peringkat negeri, daerah dan sekolah yang boleh dijadikan sebagai satu jaringan kerjasama secara kolektif demi memastikan setiap maklumat berkaitan STEM dapat disampaikan secara berkesan dan tepat.

Saya berharap, dengan adanya data-data murid STEM yang mudah dirujuk, ianya dapat memberikan panduan kepada semua pihak untuk merancang pelbagai intervensi dan program ke arah meningkatkan enrolmen murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negeri Johor Darul Ta’zim demi memenuhi visi pendidikan dan aspirasi murid untuk keperluan negara pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.


Luaskan STEMmu Johor!

Tn Hj Amiruddin bin Abd Manaf, KPPK Sains dan Matematik

En Kamarudin bin Abu, KPPK TVET

En Vijayan A/L Ramasamy, KPPK Sains Sosial

Pn Rokiah binti Ahmad, KPPK Bahasa

Pn Nor Haliza binti Saibun, KPPK TMK