Data Murid STEM
** HANYA MELIBATKAN KEMASUKAN DATA MURID TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH SAHAJA **
** HANYA MELIBATKAN KEMASUKAN DATA MURID TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH SAHAJA **
Data murid STEM ini ditadbir oleh Pusat STEM Negara (PSTEMN), BPPDP, KPM.
Pengisian enrolmen murid STEM ini berkuatkuasa bermula 5 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 (FASA 1)
Mohon semua Penyelaras STEM Sekolah Menengah atau Guru Data Sekolah Menengah melengkapkan enrolmen murid STEM Tingkatan 4 (2021) di sekolah masing-masing menggunakan Google Form yang disediakan di bawah.
Oleh itu, sebarang kemasukan enrolmen murid STEM negeri Johor tidak lagi menggunakan borang-borang/ pautan yang lain SELAIN borang/ pautan di bawah.
**PERINGATAN** - Mohon semua penyelaras STEM sekolah untuk mengisi ruangan 'Bilangan Murid Tingkatan 4' dengan menggunakan ANGKA sebab sistem ini hanya memproses data bilangan murid dalam bentuk 'numbering' sahaja.
PAKEJ STEM A:
Mengambil semua mata pelajaran sains tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) DAN Matematik Tambahan.
PAKEJ STEM B:
Mengambil:
(i) Mana-mana dua (2) mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan; DAN
(ii) Sekurang-kurangnya satu (1) mata pelajaran elektif STEM (Sains Gunaan & Teknologi) ATAU bukan mata pelajaran elektif STEM.
PAKEJ STEM C (1):
Mengambil sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran elektif STEM (Sains Gunaan & Teknologi)
PAKEJ STEM C (2):
Mengambil mana-mana satu (1) Mata Pelajaran Vokasional (MPV) ATAU Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA)
Info lanjut?
Klik butang di bawah untuk Pengisian Data Murid STEM & untuk melihat Dashboard Enrolmen Murid Tingkatan 4