KPI KOKURIKULUM 2026
KPI KOKURIKULUM 2026
- Mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 pencapaian peringkat negeri,
25 pencapaian peringkat kebangsaan dan 15 pencapaian peringkat antarabangsa.
25 pencapaian peringkat kebangsaan dan 15 pencapaian peringkat antarabangsa.
- Mencapai sasaran 40.38 % murid mendapat gred A dalam penilaian kokurikulum daripada 32.38 % (2025)
MATLAMAT KOKURIKULUM
MATLAMAT KOKURIKULUM
- Unit Kokurikulum SMK Jalan Tiga memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk membangunkan potensi murid agar menjadi insan yang cemerlang dari segi mental, fizikal dan emosi ke arah kecemerlangan dalam kokurikulum dan sukan ke tahap tertinggi.
OBJEKTIF KOKURIKULUM
OBJEKTIF KOKURIKULUM
- Membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan.
- Memantapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan murid semasa melaksanakan pengurusan persatuan/kelab/unit beruniform dan semasa terlibat dalam aktiviti kokurikulum serta dalam pertandingan.
- Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa dalam aktiviti kokurikulum.
- Meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
- Melahirkan murid bersahsiah tinggi yang berakhlak, beretika dan patuh kepada ajaran agama dan bangsa.
- Memantapkan murid yang mempunyai jati diri dan kecintaan kepada Negara.
- Memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah peningkatan pencapaian kokurikulum dan sukan pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
- Meningkatkan kualiti pengurusan kokurikulum dari segi pematuhan ketetapan, perubahan positif dan keselarasaan dalam pelaksanaan kokurikulum sekolah.
- Memantapkan pengurusan unit kokurikulum bagi memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan pengukuhan pembelajaran dalam bilik darjah.