PENGINAPAN PESERTA DAN LOKASI PERTANDINGAN
Klik Untuk Baca Buletin Digital ILSS SIRI 3 |15 Oktober 2023
PENGINAPAN PESERTA DAN LOKASI PERTANDINGAN
Penginapan Peserta dan Guru Pengiring ILSS
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad atau nama ringkasnya SMKA Al-Irshad, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi yang terletak di Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. SMKA Al-Irshad juga merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang berada di Pulau Pinang. SMKA Al-Irshad berjaya mendapat status 'Sekolah Berprestasi Tinggi' Kohort 4 sekali gus menggantikan status 'Sekolah Kluster Kecemerlangan'. Klik untuk baca lagi
Nama sekolah ini asalnya diambil dari nama Madrasah Irshadiah iaitu sebuah sekolah agama rakyat yang terletak di Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai di bawah kelolaan Qadi Tuan Haji Abdul Majid Bin Haji Sulaiman dan adiknya Tuan Haji Shafie serta dibantu oleh beberapa orang guru termasuklah bekas Qadi Besar Pulau Pinang, Allahyarham Tuan Haji Ahmad Maliki dan Tuan Haji Yusuf Helmi Bin Haji Shafie. Sekolah ini dibina pada tahun 1936, hasil kutipan derma orang ramai.
Pada tahun 1958, Persatuan Guru-Guru Agama Seberang Perai(PGAS), yang diketuai oleh Ustaz Hj. Salleh B. Shafie telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini. Dari saat itulah, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah PGAS, yang terkenal bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi hingga ke Kedah dan juga Perak. Ramai penuntutnya datang dari negeri-negeri tersebut.
Nama Sekolah PGAS telah ditukar sekali lagi kepada SMKA Al-Irshad apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil alih pentadbiran sekolah ini pada tahun 1977 bersama-sama 14 buah sekolah lagi sekolah agama di seluruh Semenanjung Malaysia.
Fungsi Sektor Sumber Dan Teknologi Pendidikan (SSTP) memberi penekanan kepada gerak kerja SSTP dan Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP) dalam menangani pembelajaran abad ke 21, khususnya menghasilkan guru-guru yang berupaya mengintegrasikan pelbagai media pendidikan, kandungan dan pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. '. Klik untuk baca lagi
Malah pemimpin-pemimpin diperingkat sekolah juga perlu diberi pengetahuan yang sesuai selari dengan era teknologi digital.(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) Anjakan 7 secara jelas menggariskan memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.) Objektif utama SSTP ialah Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran pendidikan di semua bidang. Kedua ialah meningkatkan mutu dan tahap profesionalisme warga pendidikan di semua bidang dan peringkat. Dan objektif ketiga ialah meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam aspek-aspek sebagaimana dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara
Penginapan Ketua Kontinjen dan Venue
Pertandingan ILSS
Venue Pertandingan ILSS
Sekolah Kebangsaan Pokok Sena atau nama ringkasnya SK Pokok Sena, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Pokok Machang. Sekolah Kebangsaan Pokok Sena telah dibina pada awal tahun 2003. Kejayaan SKPS hasil kerjasama ibu bapa dan guru . Selepas pihak berwajib meluluskan pembinaan taman perumahan di kawasan itu maka pembinaan sekolah ini dilaksanakan bagi tujuan memenuhi keperluan asas penduduk setempat. Sekolah Kebangsaan Pokok Sena memulakan sesi persekolahannya yang pertama pada 3 Januari 2004.
PETA GOOGLE KE LOKASI DAN VENUE PERTANDINGAN
SMKA AL-IRSHAD
SSTP PULAU PINANG
SK POKOK SENA