Ihtifal Lughawi Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 merupakan salah satu daripada program dakwah yang amat penting untuk dilaksanakan sebagai aktiviti pembangunan nilai insaniah, modal insan kamil dan pengukuhan syiar Islam dalam arena pendidikan. Selain itu, penguasaan bahasa asing perlu diperkukuhkan agar modal insan murid terutama bagi aspek nilai kebolehpasaran murid bagi mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang