Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia warganegara Malaysia yang berumur 7 hingga 17 tahun.
Pelaksanaan adalah mengikut 2 kategori peserta iaitu:
Kategori Sekolah Rendah
Kategori Sekolah Menengah
Penyertaan adalah berkumpulan sahaja. 1 kumpulan dianggotai oleh 3 orang murid dan seorang guru pembimbing dari sekolah yang sama.
Maklumat penyertaan:
Peserta wajib melengkapkan borang kehadiran bengkel dan menjawab soalan yang diberi untuk melayakkan penyertaan pertandingan.
Peserta boleh menonton sesi rakaman bengkel dan mengisi borang kehadiran sekiranya ada kekangan masa untuk menyertai sesi 'live meetings'.
Urus setia berhak membuat ‘cross check’ kehadiran peserta sebagai pengesahan penyertaan pertandingan.
Pertandingan ini adalah pertandingan peringkat idea, mendigitalkan pemikiran peserta untuk membangunkan idea prototaip menggunakan Animasi di Keynote (bagi peringkat Sekolah Rendah) atau animasi dan AR (bagi peringkat Sekolah Menengah) untuk membangunkan penyelesaian bagi tema berdasarkan Sustainable Development Goals (SDG) terpilih (rujuk jadual di bawah).
Setiap pasukan hanya boleh menghantar 1 projek sahaja.
Aplikasi yang digunakan hanyalah aplikasi-aplikasi di dalam iPad yang telah diajar semasa bengkel seperti Freeform, Pages, Keynote, iMovie, GarageBand, Clips dan Reality Composer.
Bahan yang perlu dihasilkan oleh setiap pasukan adalah seperti berikut:
Portfolio dalam format ePub yang mengandungi dokumentasi mengikut Design Thinking Framework (Explore, Plan, Build, Evaluate) dan prototaip idea.
Fail prototaip AR yang telah dihasilkan (bagi peringkat Sekolah Menengah) / Fail prototaip dalam bentuk video animasi (bagi peringkat Sekolah Rendah).
Pitching video berdurasi 3 minit untuk menerangkan idea mereka secara jelas dan berstruktur, dengan elemen visual, audio, dan teks untuk menjelaskan konsep yang kompleks dengan cara yang mudah difahami.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan mengandungi unsur-unsur sensitif, tidak asli atau di plagiat serta gagal mematuhi syarat pertandingan.
Hasil produksi yang dikemukakan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan.
Hasil produksi adalah hak milik peserta tetapi pihak urusetia / KPM berhak menggunakan hasil produksi bagi tujuan promosi pendidikan.
Pihak urusetia berhak membuat perubahan peraturan dan masa pertandingan.
Sijil penyertaan dan pengiktirafan PAJSK peringkat kebangsaan hanya layak diterima oleh pasukan yang menghantar projek bertepatan dengan terma dan syarat pertandingan.
Keputusan hakim adalah muktamad.