MENU UTAMA
MENU UTAMA
Laman web HIL-Hub direka untuk mengumpul, menggabung dan menyusun bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran interaktif yang terdiri daripada kamus bahasa isyarat, buku cerita, video serta slide pengajaran dan pembelajaran, khusus bagi pelajar ketidakupayaan pendengaran dan guru serta ibu bapa agar dapat membuat rujukan dengan berpandukan kepada satu sumber sahaja.
HIL-Hub diharapkan dapat menjadi ‘one stop centre’ bagi mereka yang mencari bahan atau sumber maklumat bagi murid ketidakupayaan pendengaran. Laman web ini menyediakan bahan pembelajaran digital yang efektif, interaktif serta bersifat akses kendiri yang sesuai bagi murid, guru serta ibu bapa.