(a) Kawasan yang terlibat
Brunei : seluruh Brunei Darulsalam
Indonesia : Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan Irian Jaya
Malaysia : Sabah, Sarawak, Labuan
Filipina : Mindanao dan Pahlawan
(b) EAGA (East ASEAN Growth Area) - meliputi kawasan yang terletak di timur ASEAN. Berbeza dengan pertumbuhan segitiga yang lain EAGA meliputi kawasan yang lebih luas.
(c) Dalam kerjasama EAGA, setiap negara yang terbabit membangunkan dua atau tiga sektor ekonomi mengikut kepakaran masing-masing.
(c) Fokus kerjasama - pelbagai aktiviti ekonomi.
(d) Aktiviti yang dijalankan
(i) Aktiviti pertanian - penanaman getah dan kelapa sawit seperti di Kalimantan
(ii) Aktiviti pelancongan - aktiviti pelancongan ekologi amat digalakkan kerana kawasan dalam EAGA ini menawarkan sumber pelancongan semula jadi yang menarik sama ada pulau, pantai, hutan dan lain-lain yang jelas belum dimanfaatkan.
(iii) Aktiviti pengangkutan - Projek Jalan Keretapi Trans Borneo
(iv) Aktiviti perhutanan - projek pembalakan dan pemuliharaan hutan di Sabah Sarawak dan kalimantan
(iv) Aktiviti perindustrian - pemprosesan sumber hutan dan pertanian
(v) Aktiviti pembangunan infrastruktur - melibatkan pembinaan jalan raya, perhubungan, bekalan air, sumber tenaga dan lain-lain khususnya di Lembah Mindanao
(vi) Aktiviti kewangan dan perbankan - cth di Labuan sebagai pusat kewangan luar pesisir