Segitiga pertubuhan merujuk kepada kerjasama memajukan subwilayah yang berjiran dalam ASEAN bagi membangunkan ekonomi bersama.
Negara yang terlibat dalam segitiga pertumbuhan ialah Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina.
Teras kerjasama ini ialah saling memperolehi keuntungan apabila negara-negara berjiran saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain untuk memajukan kawasan yang dipilih.
Segitiga pertumbuhan amat penting untuk mamjukan wilayah secara bersama daripada segi;
perdagangan
pelaburan
pengaliran buruh
penggunaan sumber
pengangkutan dan perhubungan
Perkongsian teknologi
(i) Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura
IMS-GT (Indonesia, Malaysia, Singapura - Growth Triangle)
Indonesia : Kepulauan Riau, Bangkahulu, Jambi
Malaysia : Selatan Johor.
Singapura : Utara Singapura
(ii) Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand
IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand - Growth Triangle)
Indonesia : Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Riau, Jambi, Bengkulu, Kepulauan Riau, Bangka Belitung, Lampung
Malaysia : Kedah, Perlis, Perak Utara, Pulau Pinang, Kelantan
Thailand : Selatan Thailand (Narathiwad, Patani, Satun, Songkla, Yala)
(iii) Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei -Indonesia- Malaysia-Filipina
BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippines - East Asean Growth Area )
Brunei : seluruh Brunei Darulsalam
Indonesia : Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan Irian Jaya
Dapat meningkatkan aliran perdagangan antara negara dalam wilayah segitiga yang terlibat
Menambah saiz pasaran dan kuasa beli (melalui pertambahan penduduk) apabila mengggabungkan wilayah2 berjiran- barangan dan perkhidmatan dapat dijual dengan lebih banyak
Barangan dan perkhidmatan dapat dipasarkan dengan lebih murah dan mudah di pasaran ASEAN
IMT-GT : Kawasan bebas cukai di Pulau Langkawi (Malaysia) dan sempadan Malaysia-Thailand
IMS-GT : Perkhdimatan kewangan dan pelaburan hartanah seperti di Nusajaya (Malaysia)
BIMP-EAGA : Kewangan dan perbankan khususnya di Labuan sebagai pusat kewangan luar pesisir
Masalah kekurangan modal dalam sesebuah negara dapat ditampung oleh pihak swasta negara lain, dengan ini projek2 di segitiga pertumbuhan yang berkaitan dapat dijalankan/dilaksanakan.
IMT-GT : Projek pertanian dan perladangan getah dan kelapa sawit di Sumatera (Indonesia) dan padi di Kedah-Perlis (Malaysia)
IMS-GT : Projek pertanian dan perladangan getah dan kelapa sawit di Riau dan Sulawesi (Indonesia), Projek membina Bandar Nusajaya (Malaysia)
BIMP-EAGA : Projek pertanian dan perladangan getah di Kalimantan (Indonesia),
Dapat majukan projek perlancongan bersama bagi meningkatkan aktiviti ekonomi pelancongan antara negara yang terlibat.
Dapat meningkatkan pendapatan negara masing2
IMT-GT : Projek pelancongan pantai dan pulau Pulau Langkawi (Malaysia) dan Phuket (Thailand), Projek pelancongan di Medan dan Danau Toba (Indonesia)
IMS-GT : Projek Pelancongan pantai dan Pulau seperti di Riau dan Sulawesi (Indonesia)
BIMP-EAGA : Projek pelancongan pantai, pulau dan tanah tinggi (Sabah)
membolehkan pengaliran tenaga buruh dari negara yang mengalami kelebihan tenaga buruh
negara yang mengalami masalah tenaga buruh dapat ditampung dengan kelebihan tenaga buruh dari negara lain
Segitiga pertumbuhan memudahkan proses pengaliran buruh sesama negara dengan kerjasama dalam urusan visa dan imigresen
IMT-GT : Proses pergerakan buruh dari selatan Thailand ke negeri Kedah-Perlis (Malaysia) menjadi lebih mudah di kawasan sempadan. Kelonggaran imigresen diberikan kepada buruh-buruh dan tenaga pakar untuk memajukan sektor-sektor ekonomi yang telah dipersetuji bersama
IMS-GT : Ramai rakyat Johor bekerja di Singapura, ramai tenaga pakar dari Singapura bekerja di Malaysia
BIMP-EAGA : Negara Brunei yang mengalami kekuranngan tenaga pakar akan dapat meminjam dari negara jiran Seperti Singapura dan Malaysia,
Dengan memajukan sistem pengangkutan, aktivti ekonomi perdagangan dan pelancongan antara negara dalam wilayah segitiga dapat dipertingkatkan.
IMT-GT : Perkhidmatan feri Pulau Langkawi - Phuket dan Medan.
IMS-GT : Projek Link Kedua (Johor ke Singapura) dan aktiviti perkapalan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (Johor, Malaysia) , perkhidmatan feri dari Dumai (Sumatera, INdonesia) - - Melaka (Malaysia)
BIMP-EAGA : Trans Borneo Highway
Kemajuan dalam sistem perhubungan dapat membantu negara-negara dalam wilayah segitiga yang terlibat meningkatkan promosi pelancongan negara masing-masing.
IMT-GT : perkhidmatan telekomunikasi seperti projek Internet ASEAN dan pertukaran program siaran radio dan televisyen
IMS-GT : Perkhidmatan pertukaran siaran radio dan televisyen (RTM-TVRI)
BIMP-EAGA : Perkhidmatan pertukaran siaran radio dan televisyen (RTM-TVRI)
Kawasan segitiga pertumbuhan dikenal pasti mempunyai pelbagai sumber yang belum dimanfaat sepenuhnya. (Sumber hutan, sumber air, sumber tenaga, sumber pelancongan dll) . Dengan wujudnya kerjasama ini, sumber-sumber yang ada dapat dibangunkan dan dimajukan dengan lebih cepat. Sumber yg ada dinegara tertentu cepat dibangunkan kerana adanya perkongsian teknologi/ kepakaran/ buruh
Kesan postif daripada pembangunan sumber alam akan dapat dinikmati bersama --> akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, wewujudkan kesan pengganda terhadap ekonomi, mempercepatkan pembangunan fizikal - pengangkutan dan perhubungan)
IMT-GT : Perlombongan - mencari gali gas asli di Perairan Kelantan - Projek usahasama Malaysia dengan Thailand
BIMP-EAGA : Aktiviti perhutanan - projek pembalakan dan pemuliharaan hutan di Kalimantan
Kawasan yang lebih mundur teknologinya seperti Indonesia dan Filipina dapat menikmati keuntungan melalui pemindahan teknologi daripada negara yang lebih maju seperti Singapura dan Malaysia untuk projek-projek pembangunan ekonomi dan infrastruktur serta perindustrian dalam wilayah2 segitiga pertumbuhan yang terlibat.
Pemindahan teknologi ke negara/kawasan berkaitan juga membolehkan sumber-sumber ekonomi yang ada dapat dibangunkan dengan cepat. (sumber mineral, sumber air, sumber hutan, sumber tenaga)
IMT-GT : Perkongsian teknologi industri seperti dalam projek pertanian buah-buahan antara Malaysia dan Thailand
IMS-GT : Negara Indonesia boleh meminjam teknologi dari negara2 wilayah yang lebih maju, contohnya teknologi industri elektronik dari Malaysia, dan teknologi dalam pembinaan dari Singapura.
BIMP-EAGA : Kawasan yang lebih mundur teknologinya seperti Indonesia dan Filipina dapat menikmati keuntungan melalui pemindahan teknologi daripada negara yang lebih maju seperti Singapura dan Malaysia untuk projek-projek pembangunan ekonomi dan infrastruktur serta perindustrian