MBMMBI (BM)
DEFINISI
Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada tempat yang
sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan
seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia.
BM merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta
Pendidikan 1996.
MATLAMAT
Matlamat Dasar MBMMBI adalah untuk mewujudkan masyarakat yang
menguasai BM dan BI dalam sistem pendidikan negara. Fokus kepada
BM dan BI bertujuan melahirkan masyarakat yang bersatu-padu dan
mewujudkan bangsa Malaysia yang berdaya saing di peringkat dunia.
Matlamat ini selaras dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI untuk
melahirkan murid yang fasih dan yakin menggunakan BM dan BI.
OBJEKTIF
Objektif Dasar MBMMBI (BM) adalah untuk:
-meningkatkan penguasaan murid dalam BM
-meningkatkan infrastruktur dan bahan sokongan dalam PdP BM
- meningkatkan penggunaan BM dalam aktiviti luar bilik darjah.