Definisi Hijrah
Definisi Hijrah
Perpindahan daripada satu tempat ke satu tempat yang lain atau suatu keadaan kepada keadaan yang lebih baik .
Faktor Penghijrahan Umat Islam
Setelah tiga tahun berdakwah secara bersembunyi , semakin ramai orang yang memeluk agama islam kerana tertarik dengan keindahannya . Oleh itu, kaum musyrikin Mekah mula menggunakan kekeransan bagi menyekat perkembangan dakwah islam yang telah tersebar dengan luas dan pesat di Mekah.
Ramai umat islam di siksa dan ditindas oleh kaum musyrikin . Allah telah memerintahkan nabi Muhammad untuk berhijrah ke Madinah . Antara faktor lain adalah pelawaan daripada penduduk Madinah yang mengalu-akukan kedatangan islam.
Penghijrahan ke Madinah
Nabi Muhammad telah mendapat arahan daripada Allah melalui malaikat Jibril supaya untuk melakukan penghijrajan ke Madinah . Perancangan ini telah di atur dengan rapi bersama Saidina Abu Bakar
Berikut merupakan golongan yang terlibat dalam menjayakan penghijrahan Rasulullah
Credit to : YT Hs KidsEdu
Apakah Rancangan Yang Nabi Lakukan?
Nabi Muhammad telah meminta Ali Bin Abi Talib untuk tidur di katil baginda dan mengunakan burdah baginda. Tujuan Rasulullah menyuruh Ali membuat sedemikian adalah bagi mengelirukan pihak musuh yang merancang ingin melakukan pembunuhan ke atas nabi.
Setelah itu, Nabi Muhammad dan Abu Bakar bergerak ke Gua Thur bagi mengelirukan musuh yang ingin menyekat penghijrahan Nabi. Mereka telah memulakan perjalanan pada 27 safar dan bersembunyi di Gua Thur selama tiga hari. Kemudian baginda meneruskan perjalanannya bersama Abu Bakar mengikuti jalan yang jarang di lalui untuk ke Madinah bagi mengelakkan dijejak oleh musuh.
Ketibaan di Madinah
Setelah menempuh perjalanan yang jauh , Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah tiba di Quba. Baginda telah membina sebuah masjid di Quba dan ianya merupakan masjid pertama bagi umat islam
Masjid Quba
Pada 12 Rabiulawal tahun ke-14 kenabian , Rasulullah dan Saidina Abu Bakar telah tiba di bumi Madinah . Ketibaan mereka di sambut dengan penuh meriah oleh penduduk Madinah . Baginda telah menyatukan kaum Muhajirn dan Ansar di sana serta membina sebuah masjid di sana , Masjid itu dinamakan Majid Nabawi
Apakah Kepentingan Peristiwa Hijrah ?
Apakah Hikmah Peristiwa Hijrah ?