Penggunaan Quizizz
Penggunaan aplikasi seperti Quizizz dalam pembelajaran sangat digalakkan kerana ia memberikan pelbagai kelebihan yang menyokong pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan menyeronokkan . Hal ini dapat meningkatkan penglibatan murid dalam sesi pembelajaran. Kaedah ini sangatlah sesuai denga murid yang mempunyai gaya belajar kinestatik.
Gambar Rajah dan Peta Minda
Gambar rajah dan peta minda mampu menarik perhatian pelajar dengan visual yang menarik dari segi warna dan grafik yang pelbagai. Gambar rajah dan peta minda dapat memecahkan maklumat yang rumit kepada bentuk yang lebih mudah difahami. Manakala peta minda menukarkan teks panjang kepada susunan visual yang ringkas dan tersusun. Kaedah ini sangatlah sesuai denga murid yang mempunyai gaya belajar visual
Video sebagai bahan mengajar
Video digunakan dalam nota ini bagi meningkatkan minat dan penglibatan murid. Video mempunyai unsur visual, audio dan naratif yang menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Penggunaan video mampu menyampaikan maklumat pembelajaran dengan lebih mudah dan interaktif terutamanya kepada murid yang mempunyai gaya belajar auditori.