Bina dengan Future Skills for All (FS4A)
Salam sejahtera, semua!
Future Skills For All (FS4A) adalah sumber atas talian untuk memudahkan pengajaran dan menambahkan keseronokan dalam mempelajari kehebatan sains komputer.
Initiatif ini telah dilancarkan pada 24 Februari 2020 di Sabah bersama YB Jennifer Lasimbang, timbalan Menteri Kementerian Pendidikan dan Inovasi Sabah dengan kehadiran Dr Qhamariah Samu, timbalan pengarah Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan.
Sumber ini merangkumi lima siri, iaitu siri micro:bit, siri robotik, siri HTML, siri python dan siri SQL.
Murid akan mempelajari asas pengaturcaraan micro:bit dengan membina projek haiwan yang comel.
Murid akan mempelajari kemahiran reka bentuk dan teknologi lanjutan melalui pembinaan projek inovasi.
Murid akan mempelajari asas pengaturcaraan bahasa Python dalam konteks aplikasi sains dalam kejadian harian.
Ciri-ciri Utama
Pengajaran & pembelajaran fleksibel
Future Skills for All memperkasa guru untuk mengajar sains komputer dengan sumber dan panduan atas talian percuma. Murid boleh mengikuti pembelajaran pada kadar yang sesuai dengan tahap masing-masing.
Belajar berdasarkan projek dan aktiviti interaktif
Setiap pengajaran adalah suatu projek mini yang perlu murid bina dan boleh dimuat naik. Pengajaran dilengkapkan dengan video tutorial serta kuiz dan aktiviti interaktif.
Pengajaran atas talian yang selari dengan DSKP subjek berkenaan
Semua video tutorial dan aktiviti pengajaran micro:bit telah dibina berdasarkan DSKP subjek berkenaan, termasuk subjek RBT Tahun 5, ASK Tingkatan 1 dan 2 serta SK Tingkatan 4.