Soalan Lazim

Sertai kumpulan Telegram Future Skills For All untuk mendapat bantuan terpantas.

Sijil FS4A:

1. Mengapakah saya belum dapat sijil?

  1. Untuk mendapat sijil, anda harus mendapat sekurang-kurangnya 7 markah bagi semua kuiz pengajaran.

  2. Anda boleh semak keputusan anda di Semakan Keputusan FS4A.


    • Senario 1: Anda sudah siapkan semua kuiz, tetapi salah satu kuiz tunjuk "No" di papan pemuka semakan keputusan anda.

      • Solusi: Anda tersilap isi emel pada kuiz tersebut. Pergi balik kuiz tersebut dan "edit response" atau buka "incognito window" isi semula kuiz dengan emel yang betul.



Google Classroom:

1. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Google Classroom untuk mengajar sumber Future Skills for All di dalam kelas sendiri?

  1. Guru perlu mendaftar pada borang pendaftaran di SINI.

  2. Selepas mendaftar, guru akan menerima emel dalam masa 5 hari bekerja. Emel ini akan disertakan dengan kod unik kelas anda.

  3. Kongsikan kod unik dengan anak murid.

2. Bagaimanakah caranya untuk menambah murid ke dalam Google Classroom?

1. Berikan kod unik kelas anda kepada murid yang terlibat. Murid akan log masuk menggunakan akaun moe-dl dan klik pada "join class" menggunakan kod unik yang diberi.

atau

2. Anda boleh memasukkan murid ke dalam kelas anda dengan menambah masuk emel moe-dl mereka kedalam senarai murid Google Classroom anda melalui tab "People".

*Sila lihat Slaid 12 untuk maklumat lebih lanjut.

3. Bagaimanakah caranya untuk menukar tarikh tugasan?

  1. Klik pada “Classwork” di bahagian atas laman Google Classroom.

  2. Pilih tugasan yang ingin ditetapkan tarikh penghantarannya.

  3. Klik pada 3 titik bertindih untuk tugasan tersebut dan klik “Edit”.

  4. Tetapkan tarikh tugasan pada bahagian "date" di kanan laman.

  5. Klik "Save" di bahagian atas laman.

*Sila lihat Slaid 14 untuk maklumat lebih lanjut.

micro:bit/MakeCode:

1. Apakah laman yang perlu dilawat untuk mengaturcara micro:bit?

2. Apakah caranya untuk mengaturcara micro:bit tanpa set micro:bit?

MakeCode membenarkan anda mengaturcara di ruang simulasi. Walaupun anda tidak mempunyai set micro:bit, anda boleh melihat output micro:bit pada ruang simulasi.

3. Bagaimanakah caranya untuk berkongsi pengaturcaraan yang telah dibuat pada MakeCode?

  1. Selepas anda selesai mengaturcara, klik “share”.

  2. Pastikan projek anda diberi nama.

  3. Klik “Publish project”.

  4. Alamat laman pengaturcaraan anda akan menjelma. Klik “copy” untuk dikongsikan pada guru atau pada tugasan.

Sumber tambahan

1. Di manakah boleh saya dapatkan pelan pengajaran penuh?

Anda boleh dapatkan pelan pengajaran penuh pada halaman Sumber di SINI.

2. Bagaimanakah boleh saya dapatkan video tutorial tanpa perlu melayari internet?

Perisian MakeCode boleh dimuat turun untuk digunakan tanpa sambungan internet. Video tutorial juga boleh dimuat turun untuk ditayangkan kepada seluruh kelas. Soalan kuiz boleh dipaparkan di depan atau di cetak untuk diberikan kepada setiap murid.

*Sila lihat Slaid 8 untuk maklumat lebih lanjut.

Tugasan/Kuiz:

1. Apakah jenis tugasan/kuiz yang perlu dilengkapkan?

Tugasan terbahagi kepada 2:

  • Tugasan video: Murid perlu mengikuti tutorial yang ditunjukkan dalam video dan jawab cabaran mereka.

  • Cabaran lanjutan: Murid perlu menjawab cabaran lanjutan pada laman pengajaran dan juga kuiz akhir.

2. Adakah tugasan/kuiz akan disemak?

Ya, kuiz akan disemak secara automatik dan murid boleh menjawab berulang kali sehingga mendapat markah yang memuaskan.

LADAP

1. Apakah caranya untuk mendapatkan LADAP tambahan?

Guru boleh mengisi borang bantuan di bawah dan meminta untuk menjalankan LADAP di sekolah. Permohonan akan dipertimbangkan jika sumber kewangan mencukupi.


Masih mempunyai soalan tambahan? Isikan borang ini dan pertanyaan anda akan dibalas dalam masa 5-7 hari kerja.

Sertai kumpulan Telegram Future Skills For All untuk mendapat bantuan terpantas.