Jom sertai Program Semarak Merdeka bersama Rakan DELIMa: Future Skills for All!
Membantu pemahaman murid mengenai mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK) melalui penyelesaian masalah.
Mendorong pemahaman yang lebih mendalam mengenai teknologi maklumat.
Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dalam aktiviti pembelajaran murid dengan lebih bersemangat.
Memupuk hasil kerja murid yang kreatif dan inovatif berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.
Pertandingan ini telah menutup pendaftaran. Sila menantikan pengumuman tahun depan.
Semua murid Tahun 3 - Tahun 6 serta murid Tingkatan 1 - Tingkatan 4.
Micro:bit Makecode
Terbuka kepada murid Tahun 3 ke Tahun 6
HTML
Terbuka kepada murid Tingkatan 1 ke Tingkatan 4
Python
Terbuka kepada murid Tingkatan 1 ke Tingkatan 4
SQL
Terbuka kepada murid Tingkatan 1 ke Tingkatan 4
Pertandingan ini pertandingan individu.
Peringkat Negeri
Murid akan diuji kemahiran pengaturcaraan melalui kuiz pengaturcaran. Murid perlu menjawab 50 soalan pengaturcaraan dalam masa 90 minit. Penilaian skor mengambil kira bilangan soalan yang dijawab dengan tepat dan jumlah masa yang diambil untuk menjawab soalan.
Murid dalam kumpulan pencapaian skor 20% teratas akan layak untuk menyertai pertandingan peringkat kebangsaan.
Peringkat Kebangsaan
Murid akan menghasilkan projek kreatif berdasarkan syarat projek dan merekod video penerangan projek.
5 projek terbaik akan menang dalam setiap kategori.
Peringkat Negeri
10 sekolah yang mencapai penyertaan murid sekolah yang tertinggi akan memenangi set studio PdPR yang bernilai RM1,000 dan 10 set lengkap micro:bit. Antara 10 sekolah yang menang, mereka akan terdiri daripada
7 sekolah rendah dan menengah umum
3 sekolah kurang murid (termasuk sekolah rendah dan menengah)
Peserta dalam kumpulan pencapaian skor 5% teratas akan mendapat sijil pencapaian peringkat negeri.
4% ke 5% teratas ialah taraf gangsa
2% ke 3% teratas ialah taraf perak
1% teratas ialah taraf emas
Semua peserta yang layak akan mendapat sijil penyertaan elektronik peringkat negeri.
Peringkat Kebangsaan
5 projek terbaik dari setiap kategori akan memenangi RM500 bagi setiap pemenang.
Selain hadiah wang tunai, projek teramat baik dari setiap kategori akan memenangi satu set lengkap reka bentuk dan teknologi.
Semua peserta yang layak menyertai pertandingan peringkat kebangsaan akan mendapat sijil penyertaan elektronik peringkat kebangsaan.
#BolehCode merupakan gerakan pengaturcaraan kebangsaan dibawa khas kepada anda oleh Digi. Unicef dan MDEC dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui program Future Skills For All. Hasrat #BolehCode adalah untuk memperkasakan semua anak murid di Malaysia untuk menguasai sekurang-kurangnya satu kemahiran pengaturcaraan. Jom kita #code. Sememangnya, #SayaBolehCode #AndaBolehCode #KitaBolehCode!
Pertandingan ini mempunyai 4 kategori seperti berikut:
- Micro:bit MakeCode - murid Tahun 4 ke Tahun 6
- HTML - murid Tingkatan 1 ke Tingkatan 4
- Python - murid Tingkatan 1 ke Tingkatan 4
- SQL - murid Tingkatan 1 ke Tingkatan 4
Pertandingan Pengaturcaraan #BolehCode diusahakan oleh Arus Academy dan disokong oleh Digi, Unicef dan MDEC serta Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pertandingan ini pertandingan individu.
Pertandingan ini tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan. Untuk menyertai pertandingan ini, murid hanya perlu daftar di https://arus.cc/pertandingan-bolehcode2021. Pendaftaran adalah percuma.
Pertandingan ini tidak melibatkan perkakasan pengaturcaraan. Semua aktiviti pengaturcaraan akan diadakan dalam talian dengan menggunakan pelantar "open source" atau percuma untuk diguna.
Melalui pertandingan ini, peserta akan dapat
Meningkatkan pemahaman mengenai mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK) melalui penyelesaian masalah.
Menghasilkan hasil kerja murid yang kreatif dan inovatif berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan
Bertanding dengan murid dari seluruh negara
Mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di sekolah
Mendapat sijil pencapaian dan markah PAJSK
Berpeluang memenangi jumlah hadiah bernilai RM20,000!
Peserta dicadangkan untuk melengkapkan pengajaran FS4A sebagai persediaan pertandingan.
Pengajaran siri micro:bit: https://arus.cc/FS4AmicrobitBM
Pengajaran siri HTML: https://arus.cc/FS4AHTML
Pengajaran siri Python: https://arus.cc/FS4Apython
Pengajaran siri SQL: https://arus.cc/FS4ASQL
Ya, pertandingan ini terbuka kepada semua negeri. Surat rasmi telah dihantar kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Pertandingan ini telah mendapat kebenaran dari Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pertandingan ini mempunyai dua peringkat. Pada peringkat negeri, peserta akan mengambil kuiz pengaturcaraan. Kuiz tersebut mempunyai 50 soalan dengan markah penuh sebanyak 100 markah. Masa 1 jam akan diberi untuk menjawab semua soalan.
Jika peserta tidak dapat melengkapkan semua soalan dalam masa 1 jam, soalan yang tidak dijawab akan dikira 0 markah. Masa yang diguna untuk menjawab kuiz secara keseluruhannya akan diguna untuk menentukan 5 orang peserta yang terbaik dari setiap negeri.
Murid dalam kumpulan pencapaian 20% teratas akan layak untuk menyertai pertandingan kebangsaan.
Pada peringkat kebangsaan, murid akan menghasilkan projek pengaturcaraan kreatif berdasarkan syarat projek dan kemudiannya merakam video penerangan projek.
5 projek terbaik daripada setiap kategori akan memenangi RM500 bagi setiap projek.
Sertai rangkaian telegram kami di t.me/futureskillsforall dan kumpulan bual sembang telegram kami di t.me/futureskillsforallchat untuk mendapat maklumat terkini.