Jom sertai Program Semarak Merdeka bersama Rakan DELIMa: Future Skills for All!
Bagaimana caranya?
Daftar untuk menggunakan sumber FS4A bagi kelas anda di https://tinyurl.com/FS4Aclassroom
Lengkapkan semua 10 pengajaran di https://futureskills.moe-dl.edu.my dengan purata markah 75% dan ke atas. Kuiz boleh didapati dalam Google Classroom dengan kod rylz2zc.
Daftarkan sekurang-kurangnya 10 orang murid ke dalam kelas anda.
Isi borang penyertaan cabaran micro:bit FS4A (kategori guru) sebelum 31 Julai 2020.
Nantikan cabutan bertuah kami. 15 pemenang akan diumumkan pada 7 Ogos 2020 di halaman utama kami.
Nota:
Setiap 10 orang murid yang berjaya masuk ke dalam kelas cikgu dianggap satu slot dalam cabutan bertuah kami.
Sijil FS4A akan diberi kepada semua peserta yang siapkan 10 pengajaran dengan purata markah 75% dan ke atas.
Isi borang penyertaan untuk menyertai cabutan bertuah kami!
Dua kategori:
Kategori Sekolah Bandar: 15x set lengkap micro:bit untuk dimenangi
Kategori Sekolah Luar Bandar: 15x set lengkap micro:bit untuk dimenangi
Pilih seorang Cikgu Juara FS4A bagi sekolah anda. Cikgu Juara perlu:
Isi borang pendaftaran untuk mendapat salinan Google Classroom FS4A: https://tinyurl.com/FS4Aclassroom
Lengkapkan semua 10 pengajaran di https://futureskills.moe-dl.edu.my dengan purata markah 75% dan ke atas. Kuiz boleh dijawab berulang kali dan didapati dalam Google Classroom dengan kod rylz2zc.
Daftarkan anak-anak murid dan guru rakan sekerja dari sekolah anda ke dalam salinan Google Classroom anda.
Isi borang penyertaan cabaran micro:bit FS4A (kategori sekolah) sebelum 31 Julai 2020.
Nantikan pengumuman kami pada 7 Ogos 2020!
Syarat untuk menang:
Sekolah yang mempunyai jumlah peserta tertinggi DAN seorang Cikgu Juara FS4A yang mencapai purata markah 75% bagi kuiz pengajaran 1-10 akan dipilih sebagai pemenang.
Nota:
Sijil FS4A akan diberi kepada semua peserta yang siapkan 10 pengajaran dengan purata markah 75% dan ke atas.
Sila guna kelas yang sama untuk menyertai kategori guru dan kategori sekolah.
Isikan borang penyertaan sekarang!
KLIK SINI untuk ke Youtube Playlist Webinar Siri Future Skills for All
Pemenang Micro:bit Webinar EP5: 29/04/2020
Pemenang Micro:bit Webinar EP4: 28/04/2020
Pemenang Micro:bit Webinar EP3: 27/04/2020
Pemenang Micro:bit Webinar EP2: 24/04/2020
Pemenang Micro:bit Webinar EP1: 23/04/2020
1. Macam mana boleh saya dapatkan kelas micro:bit saya?
Anda dikehendaki untuk mengisi borang pendaftaran untuk menggunakan sumber FS4A bagi kelas anda di https://tinyurl.com/FS4Aclassroom . Anda akan mendapat kelas salinan anda dalam masa 5 hari kerja selepas borang pendaftaran diisi.
2. Sekiranya saya tidak dapat purata markah 75%, bolehkah saya sertai cabaran ini?
Tidak. Cikgu Juara FS4A mesti sekurang-kurangnya mencapai purata markah 75%. Sila jawab balik kuiz yang diberi. Semua kuiz boleh dijawab berulang kali.
3. Bilakah saya akan dapat kelas salinan micro:bit saya?
Anda akan dapat kelas salinan dalam 5 hari kerja. Sekiranya anda telah mendaftar di https://tinyurl.com/FS4Aclassroom tetapi masih tidak dapat kelas salinan anda dalam 5 hari kerja, sila emel kepada kami di futureskills@arusacademy.org.my .
4. Saya telah siapkan semua kuiz dan sudah dapat sijil FS4A sebelum cabaran ini dikemukakan, adakah penyertaan saya dikira secara automatik?
Tidak, anda harus lengkapkan langkah berikut supaya layak bertanding:
Daftar untuk mendapat kelas salinan sendiri di https://tinyurl.com/FS4Aclassroom
Jemput murid ke dalam kelas anda
Isi borang penyertaan cabaran micro:bit FS4A (kategori guru) dan borang penyertaan cabaran micro:bit FS4A (kategori sekolah) sebelum 31 Julai 2020.
5. Bolehkah saya guna kelas yang sama untuk menyertai kategori guru dan sekolah?
YA! Boleh. Anda dialu-alukan supaya menggunakan kelas yang sama untuk menyertai kedua-dua kategori ini. Cara untuk menang dalam kategori guru tertakluk kapada cabutan bertuah manakala kategori sekolah hanya rujuk kepada jumlah orang tertinggi dalam kelas.
6. Siapkan kuiz dalam kelas umum moe-dl atau yang dalam kelas salinan saya?
Sila siapkan kuiz dalam kelas umum dengan kod kelas berikut:
kod kelas bagi akaun moe-dl 1:rylz2zc ATAU
kod kelas bagi akaun moe-dl 2: 4dnuzdy ATAU
kod kelas bagi webinar Edidik: fomrjr6 ATAU
kod kelas bagi gmail biasa:nc4uwj2
Kelas salinan anda adalah untuk murid anda. Anda akan dijemput sebagai "co-teacher" tetapi bukan "student" dalam kelas salinan anda.
Kategori Guru dan Sekolah: