Pertandingan #AIBolehCode sudah dibuka! Selamat mencuba!
Di sekeliling kita, terdapat pelbagai jenis masalah yang boleh dikenal pasti. Pastikan masalah yang dikenal pasti berkaitan dengan salah satu tema kemampanan.
Namun, adakah masalah yang difikirkan patut diselesaikan terdahulu?
Apakah masalah yang wajar diselesaikan sekarang?
Senaraikan seberapa banyak masalah yang berkaitan dengan mana-mana topik berikut:
Integriti Alam Sekitar
Ekonomi Daya Maju
Keadilan Sosial
Cari hubungan masalah tersebut dengan konteks komuniti anda. Berikan contoh yang sesuai
Apakah kesan negatif masalah tersebut yang dialami oleh komuniti anda.
Pilih masalah utama yang membawa kesan negatif yang paling besar kepada komuniti anda.
Cari masalah yang membuatkan orang rasa marah, stress atau sedih ia masih berlaku.
Mari kita kenali ciri-ciri komuniti anda.
Apakah keperluan komuniti anda? Jika kita boleh ketahui keperluan komuniti anda, idea inovasi anda akan lebih sesuai dengan penggunna atau komuniti anda!
Hasilkan pernyataan masalah yang sesuai dengan masalah, komuniti & ciri-ciri mereka. Berikut adalah panduan menulis atau menghasilkan pernyataan masalah yang baik.
Hasilkan pelbagai idea teknologi yang boleh dibangunkan untuk menyelesaikan pernyataan masalah yang ditentukan.
Berikut merupakan contoh 'prompt' yang boleh digunakan untuk memastikan skop projek masih menggunakan kemahiran FS4A.
Berikan saya 3 jenis idea penyelesaian yang sangat berbeza untuk pernyataan masalah iaitu [pernyataan masalah anda]. Satu yang ringkas, satu yang kreatif, dan satu yang tidak disangka-sangka dengan menggunakan micro:bit. Komponen elektronik yang saya ada adalah [....]
Berikan saya 3 jenis idea penyelesaian yang sangat berbeza untuk pernyataan masalah iaitu [pernyataan masalah anda]. Satu yang ringkas, satu yang kreatif, dan satu yang tidak disangka-sangka dengan menggunakan laman web. Laman web ini mesti menggunakan HTML sebagai 'front-end', Python sebagai 'back-end' dan SQL sebagai skema pangkalan data
'Copy' dan 'paste' dan 'edit' arahan diatas ke dalam pelantar AI yang digunakan untuk lihat apakah output yang dihasilkan.
Bincang bersama ahli kumpulan idea manakah patut diambil kira.
Tips Penting!
Pastikan idea projek tersebut bila dilaksanakan mampu menyelesaikan masalah yang dikenal pasti dengan efektif.
Pilih idea dengan nilai inovasi yang tinggi.
Hasilkan prototaip mengikut fasa-fasa yang berikut.
MVP: Minimum Viable Product
Hasilkan kefungsian prototaip yang paling utama. (Fitur Utama)
Fikirkan apakah fungsi yang wajib dihasilkan dalam prototaip anda.
Analogi menghasilkan sebuah rumah. MVP: Ruang dan infrastruktur rumah yang wajib siap dibina sebelum bahagian lain. (Bilik Tidur)Hasilkan kesemua fungsi prototaip yang diperlukan.
Analogi menghasilkan sebuah rumah. Fitur Penuh: Semua ruang dan infrastruktur rumah siap dibina. (Dapur, bilik mandi, ruang tamu)Hasilkan rupa dan bentuk projek anda yang sesuai untuk pengguna anda.
Analogi menghasilkan sebuah rumah. Rupa bentuk: Siapkan kelengkapan, perabot, dan perhiasan yang ada di dalam dan di luar rumah. (Cat dinding, kipas, lampu, jubin lantai dll)Setelah selesai hasilkan prototaip, cuba dapatkan maklum balas daripada orang lain. Gunakan soalan-soalan berikut untuk kumpul maklumat untuk tambah baik idea dan projek anda.
Apakah reaksi pertama anda apabila nampak projek ini?
Sebelum menggunakannya, apakah anda tahu tentang projek ini?
Siapakah pengguna untuk projek seperti ini?
Apakah yang menarik perhatian anda dahulu?
JIka anda ingin [...] bagaimana anda boleh lakukannya?
Apakah yang anda fikirkan apabila menggunakan projek ini?
Di mana anda rasa terdapat kekeliruan yang berlaku?
Adakah sesuatu yang anda jangka berlaku tetapi tidak?
Bagaimana projek ini sesuai dengan penggunaan anda?
Apakah bahagian projek yang paling berguna untuk anda?
Bahagian manakah yang anda rasa tidak diperlukan?
Apakah sesuatu yang anda ingin ubah dari projek ini?
Apakah perasaan anda apabila menggunakan prototaip ini?
Adakah sesuatu dalam prototaip ini yang membuatkan anda rasa kurang selesa atau selamat?
Adakah prototai ini mengingatkan anda tentang produk atau perkhidmatan yang anda pernah guna?
🛑 Tips Penting!
Jangan cuba untuk selamatkan prototaip anda atau menjawab balik kenapa prototaip anda bagus.
Tanya lebih soalan 'kenapa' supaya mendapat penjelasan & pemahaman yang cukup.
Kurangkan sangkaan daripada apa yang disebut oleh pengguna
Dapatkan salinan slaid untuk digunakan dalam penghantaran projek.
Hasilkan satu video untuk menerangkan projek dan / atau demonstrasi projek.
Hasilkan satu video untuk menerangkan struktur dan logik kod pengaturcaraan yang dihasilkan.
Simpan Slaid Pembentangan, Video Pembentangan & Video Code Walkthrough yang dihasilkan dalam folder Google Drive anda.
2. Klik 'Share'. Kongsikan akses kepada setiap file tersebut kepada 'Anyone with the link' sebagai 'Viewer'.
3. Kongsikan pautan anda ke dalam borang penghantaran projek #AIBolehCode