🌟 Selamat datang ke Modul 2: Ke Mana Perginya Duit Anda?
💰 Anda pernah terima duit dari ibubapa, datuk nenek, atau hadiah hari jadi, tapi pernahkan anda tertanya-tanya, "Ke mana perginya duit saya?"
Di akhir modul ini, anda akan:
✅ Faham dari mana wang datang dan bagaimana ia digunakan.
✅ Tahu cara mencatat perbelanjaan dan menjejak simpanan.
✅ Dapat menyimpan duit untuk mencapai matlamat!
🔎 Pelajaran 1: Dari Mana Datangnya Duit?
Wang boleh datang dari pelbagai sumber:
💵 Duit poket - Duit yang diberi oleh ibubapa setiap minggu.
🎁 Hadiah - Duit yang diterima semasa hari jadi atau perayaan.
👔 Kerja kecil - Wang yang diperoleh dengan membantu ibubapa, seperti mencuci kereta atau membersihkan rumah.
💡 Tugasan berpasangan: Anda dan rakan perlu berbincang: Dari mana anda kerap mendapat duit? Apa yang anda lakukan dengan duit itu?
📊 Pelajaran 2: Ke Mana Perginya Duit?
Biasanya ada 3 kategori duit yang digunakan:
🍎 Keperluan - makanan, alat tulis, tambang bas
🎮 Kehendak - mainan, permainan video, gula-gula
💰 Simpanan - duit yang disimpan untuk masa depan
Senaraikan 3 benda yang anda dan rakan selalu beli
Klasifikasikan setiap benda itu sebagai keperluan atau kehendak.
💫 3 Langkah Penting untuk Jejak Wang Anda
Ingat semula kepada hari-hari lepas. Ke mana duit anda pergi? Adakah anda telah membelanjakan duit atau mendapat duit lebih daripada sesiapa? Jawapan ini diperlukan untuk Langkah 2.
2️⃣ Catat dan Susun Semula
Dengan semua maklumat perbelanjaan, anda perlu catat dan susun.
Perkara yang perlu dicatat adalah tarikh, perkara, jumlah dan kategori sama ada ia duit masuk, duit keluar atau simpanan.
Langkah paling penting apabila anda telah kumpulkan semua maklumat adalah untuk membuat refleksi kepada maklumat tersebut. Untuk langkah ini anda perlukan minda refleksi. Minda refleksi bermaksud
kemahiran untuk belajar dari kesilapan
berusaha untuk memahami apa yang difikirkan
berfikir sebelum membuat keputusan
Apakah yang anda dapat pelajari hasil daripada wang yang anda telah jejak?
⭐️ Lihat beberapa contoh hasil Jejak Wang daripada murid Fun(d) for Life di bawah ⭐️
✋ Jejak Wang Seminggu dari Tan Shew Moi
✋ Jejak Wang 2-Hari dari Porthea Bawing
📝 Aktiviti: Rekod perbelanjaan bersama rakan selama dua hari dalam jadual atau jurnal.
🎯 Bincang dengan rakan bagaimana boleh kurangkan perbelanjaan dan lebih banyak menyimpan.
Cabaran Bonus: Bantu rakan mengenalpasti tabiat boros.
❓ Kuiz Interaktif Berpasangan: "Ke Mana Duit Saya Pergi?"
🎉 Tahniah! Anda Telah Tamat Modul 2!
👏 Pasukan anda kini tahu bagaimana duit masuk dan duit keluar serta cara menyimpan bersama!
✅ Langkah Seterusnya: Belajar bagaimana untuk membantu rakan-rakan lain mengurus duit mereka dengan lebih baik! 🚀"