🌟 Selamat datang ke Modul 1: Apa yang Anda Mahu & Berapa Harganya?
🎮 Pernah tak anda nak mainan baru, alat elektronik yang terkini atau makanan kegemaran yang anda jarang-jarang makan? Semua perkara perlukan duit jadi sebelum membeli sesuatu, dan anda perlu tahu berapa harganya!
Di akhir modul ini, anda akan:
✅ Tahu perbezaan keperluan dan kehendak
✅ Dapat mencari harga barang yang anda inginkan
✅ Cipta Senarai Impian dengan harga sebenar!
📺 Tonton video di bawah untuk memahami keperluan dan kehendak.
Pelajaran 1: Apa itu Keperluan dan Kehendak?
💡 Keperluan ialah perkara yang mesti ada untuk hidup, seperti makanan, air, dan tempat tinggal yang selamat.
🎮 Kehendak ialah perkara yang membuat kita gembira, seperti permainan video dan kasut berjenama.
Adakah pakaian sekolah satu keperluan atau kehendak?
Bagaimana pula dengan telefon bimbit?
🧩 Aktiviti berkumpulan: Seret dan lepas (drag and drop) barang ke dalam kategori "Keperluan" atau "Kehendak".
Klik butang 💡 untuk semak jawapan.
Pelajaran 2: Berapa Harga Sesuatu Barang?
Sebelum membeli sesuatu, anda perlu tahu berapa harganya. Ada barang yang murah seperti gula-gula, dan ada yang mahal seperti basikal.
Bagaimana untuk mencari harga sesuatu barang:
1️⃣ Semak kedai dalam talian
2️⃣ Pergi ke kedai sebenar bersama ibu bapa
3️⃣ Tanya seseorang yang pernah membelinya
📝 Aktiviti berpasangan: Cari harga makanan ringan kegemaran anda dan catatkan pada Padlet dibawah. Klik pada butang '+' untuk kongsikan jawapan.
Pelajaran 3: Buat Senarai Impian Anda
Sekarang anda boleh membuat senarai barang yang anda mahu dan mencari harganya!
💭 Apa yang anda mahu? (Buku? Mainan? Beg sekolah baru?)
💰 Berapa harganya? (Semak dalam talian atau tanya seseorang)
Guna Padlet dibawah untuk senaraikan 3 barang yang anda mahu dan harga mereka. Pastikan anda dan rakan anda mencipta senarai ini bersama-sama.
1. Bandingkan harga barang yang anda inginkan dengan barang yang rakan anda inginkan. Barang siapa lagi mahal?
2. Bandingkan harga dari dua kedai berbeza. Di mana lebih murah?
Tahniah! Anda Telah Tamat Modul 1
👏 Sekarang anda sudah tahu perbezaan antara keperluan dan kehendak serta cara mencari harga barang.
✅ Langkah Seterusnya: Belajar cara mengurus wang dalam Modul 2!