Program ini dibawah sokongan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesedian dan ditaja oleh FWD Takaful dengan Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) yang dipengerusikan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai rakan seusahasama.
Pengembaraan Baharu, Anekdot Kewangan Tanpa Batas
Program untuk melahirkan generasi celik wang yang mampu mencipta masa depan kewangan yang kukuh serta menjadi inspirasi kepada masyarakat.
Siapa boleh sertai?
Murid berumur 10 hingga 17 tahun.
Mempunyai kumpulan (dua orang setiap satu kumpulan bersama seorang guru sebagai guru pembimbing)
Bersedia membuat tugasan Jejak Wang dan Permohonan Geran melalui 1 Borang Penyertaan
Dapat memberikan komitmen untuk hadir bengkel bersemuka, atas talian atau kedua-duanya
Apakah Perjalanan Peserta?
Langkah Permohonan
Sertai Kursus Dalam Talian ⬇️ dan jawab Kuiz FFL untuk dapatkan lencana DELIMa (Kuiz ini bukan Borang Penyertaan).
Lengkapkan Borang Penyertaan FFL2025 (akan datang) yang mengandungi 3 Bahagian iaitu:-
Bahagian A: Biodata Ahli Kumpulan dan Guru Penasihat
Bahagian B: 1 Jejak Wang oleh setiap Ahli Kumpulan
Bahagian C: Cadangan Program Kewangan bertemakan Khidmat Masyarakat.
Jika perlukan panduan tambahan, sertai Bengkel dalam Talian ⬇️ bersama Coach FFL mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Soalan Lazim
Sidang Kemuncak Pendidikan Kewangan 2025
Apa manfaat yang saya akan dapat jika terpilih ke Sidang Kemuncak Pendidikan Kewangan (SKPK) FFL2025 ?
Anda akan mendapat sijil penyertaan, tajaan penuh ke SKPK dan peluang bertemu rakan baru dari seluruh Malaysia berkongsi tentang impak kewangan anda.Apakah tema Sidang Kemuncak Pendidikan Kewangan (SKPK) 2025?
Tema SKPK 2025 adalah untuk mengangkat dan mengikitiraf impak program kewangan sepanjang 2025 yang dilaksanakan oleh murid menggunakan duit geran.Apakah tugas saya sebagai Student Council?
Berbeza dengan tahun 2024, pada tahun 2025, Student Council adalah pelaksana program kewangan terbaik yang menerima geran RM500. Mereka dijemput sebagai peserta ke SKPK, dan berpeluang untuk berkongsi kisah impak program geran kewangan mereka semasa SKPK.
Panduan Penyertaan (kursus dalam talian & bengkel dalam talian)
Berapa orang boleh sertai bengkel dalam talian?
Setiap sesi bengkel dalam talian boleh memuatkan sekurang-kurangnya 100 orang murid pada satu-satu masa.Bolehkah saya sertai bengkel dalam talian lebih daripada sekali?
Boleh, jika anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang proses dan kriteria permohonan yang terbaik.Adakah saya akan menerima sijil jika menyertai bengkel dalam talian?
Ya. Anda perlu menyertai bengkel dalam talian dan isi borang maklum balas diakhir bengkel untuk dapatkan sijil penyertaan.Saya telah sertai bengkel dalam talian. Bagaimanakah cara untuk dapatkan sijil penyertaan?
Anda perlu pastikan borang maklum balas yang dikongsikan diakhir bengkel telah diisi dengan maklumat diri yang tepat terutamanya NAMA, NOMBOR KAD PENGENALAN dan EMAIL untuk dapatkan sijil yang akan dijana dari masa ke masa.Bagaimanakah saya boleh menyertai bengkel dalam talian?
Daftar melalui borang www.arus.cc/bengkelkewangan-ffl2025
Kos, Permohonan, Pemilihan dan Penglibatan Guru
Bagaimanakah saya boleh menyertai bengkel dalam talian?
Daftar melalui borang www.arus.cc/bengkelkewangan-ffl2025Saya perlukan bantuan untuk hantar borang penyertaan. Siapa patut saya hubungi?
Anda boleh hubungi coaches Fun(d) for Life melalui fundforlife@arusacademy.org.my atau melalui Telegram rasmi Kelab Celik WangBerapa orang dalam satu kumpulan?
Untuk semua permohonan geran adalah secara berpasangan atau kumpulan dengan 2 orang ahli bersama seorang guru pengiring. Permohonan secara individu tidak akan diterima untuk ke peringkat setersunyaBolehkah saya menghantar permohonan dengan ahli kumpulan yang berbeza?
Tidak, hanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap murid. Permohonan hanya boleh dihantar sekali sahaja.
Geran
Berapakah jumlah geran yang bakal diterima oleh setiap kumpulan?
Setiap kumpulan akan menerima geran sebanyak RM500 untuk melaksanakan aktiviti kewangan yang dicadangkan.Berapakah tempoh masa yang kami ada untuk laksanakan program?
Anda mempunyai tempoh masa lebih kurang tiga hingga 4 minggu untuk laksanakan aktiviti. Cadangan tarikh untuk laksanakan cadangan program kewangan menggunakan wang geran adalah dari 14 Julai hingga 25 Ogos.Bilakah wang geran akan diterima oleh kumpulan kami?
Wang geran akan diproses dalam masa satu ke dua minggu setelah pengumuman penerima geran dibuat.Jika terpilih untuk menerima geran, bagaimanakah wang geran akan disampaikan kepada kumpulan kami?
Wang geran akan disampaikan kepada guru pengiring mengikut maklumat yang telah dikongsikan melalui Borang Penyertaan FFL2025.
Tarikh Penting
Bilakah saya boleh mula menghantar Borang Penyertaan FFL2025?
Permohonan dibuka pada 18 Februari 2025.Bilakah tarikh akhir saya boleh menghantar Borang Penyertaan FFL2025?
Permohonan ditutup pada 7 Julai 2025.Bilakah tarikh cadangan cadangan yang sesuai untuk pelaksanaan cadangan aktiviti dalam permohonan geran?
Antara 14 Julai 2025 hingga 25 Ogos 2025.Bilakah tarikh akhir penghantaran laporan geran?
Antara 31 Ogos 2025.Bilakah tarikh keputusan pengumuman penerima geran?
Pengumuman akan dibuat antara 7 hingga 14 hari bekerja setelah tarikh tutup 7 Julai 2025.Bilakah Sidang Kemuncak Pendidikan Kewangan Fun(d) for Life 2025 akan diadakan?
Sidang Kemuncak Pendidikan Kewangan Fun(d) for Life 2025 dijangka akan berlangsung pada 11 Oktober 2025.
Ada soalan tambahan? Rujuk soalan lazim di atas atau emel kami di fundforlife@arusacademy.org.my
Panduan Penyertaan
Kursus Dalam Talian
Akan Datang!
Akan Datang!
📆 Pembelajaran kendiri
🕒 30 - 45 minit
📝 Jawab kuiz di akhir kursus dan terima Sijil
Bengkel Dalam Talian
Daftar Sekarang!
Daftar Sekarang!
📆 Pilih masa dan waktu sesuai mengikut pilihan yang diberikan dalam Borang Penyertaan Bengkel
🕒 90 minit bersama Coach FFL pada Google Meet
📝 Jawab borang maklumbalas di akhir bengkel dan terima Sijil