Jom Belajar Mengurus Duit!
Cara terbaik adalah bersama seorang rakan.
👭 Cari seorang rakan sebelum bermula!
Ini adalah panduan menjadi pasukan kewangan terbaik dan peluang untuk ke Sidang Kemuncak Pendidikan Kewangan Fun(d) for Life 2025 bersama-sama.
Mengapa Sertai Kursus Ini?
Kita semua guna duit setiap hari. Tapi, pernahkah anda tertanya-tanya, ‘Macam mana nak guna duit dengan bijak supaya boleh beli benda yang aku suka tanpa risau?’
💻 Dalam kursus ini, anda dan rakan akan belajar secara berpasangan cara-cara bijak menguruskan duit agar lebih bebas dan tenang!
🤩 Dari beli permainan video yang paling best hingga melancong ke tempat impian, semua itu boleh jadi kenyataan kalau kita tahu cara menguruskan kewangan dengan bijak!
Lengkapkan Kursus dengan 4 Modul
Modul 1: Apa yang Anda Mahu & Berapa Harganya?
Pelajaran 1: Apa itu Keperluan dan Kehendak?
Pelajaran 2: Berapa Harga Sesuatu Barang?
Pelajaran 3: Buat Senarai Impian Kamu
Modul 2: Ke Mana Perginya Duit Anda?
Pelajaran 1: Dari Mana Datangnya Duit?
Pelajaran 2: Ke Mana Perginya Duit?
Modul 3: Bagaimana Membantu Rakan-Rakan Lain Mengurus Duit?
Pelajaran 1: Kenapa Ada Orang Susah Simpan Duit?
Pelajaran 2: Bagaimana untuk Membantu Rakan atau Ahli Keluarga?
Modul 4: Mencipta Program Kewangan Sekolah Anda (dengan bajet RM500)
Pelajaran 1: Apa itu Kertas Kerja Projek FFL?
Pelajaran 2: Mengurus Duit Program (RM500)
Pelajaran 3: Tips Kertas Kerja Terbaik
Jadi Pasukan Kewangan Terbaik!
Di akhir kursus ini anda berdua akan...
1️⃣ Mengenali diri dan duit anda dengan lebih baik!
2️⃣ Mengetahui langkah-langkah menjejak duit supaya anda tahu ke mana duit anda pergi!
3️⃣ Mencipta idea program kewangan yang dapat membantu orang lain dengan duit!
💭 Tahukah anda? Jika anda simpan RM1 setiap hari selama setahun, anda akan ada lebih daripada RM300!
Jika anda ada RM100 sekarang, apa yang anda akan beli? Tuliskan pada Padlet di bawah. Tekan '+' untuk kongsi jawapan anda.
Sepanjang kursus ini, kita akan gunakan Padlet untuk berkongsi dan belajar bersama-sama.
🚀 Adakah pasukan anda sudah bersedia?