Ayuh imbas kembali cerita pengasas Grab. Apakah keperluan yang mereka kenal pasti?
Kisah mereka bermula daripada kisah Tan Hooi Ling dan Anthony Tan yang menyedari bahawa warga kota di Kuala Lumpur memerlukan pengangkutan awam untuk memudahkan pergerakan mereka dari suatu tempat ke tempat yang lain. Ramai juga warga kota yang menggunakan perkhidmatan teksi!
Di sebalik keperluan ini sebenarnya ada...
...cabaran yang dihadapi.
Cabaran yang dihadapi oleh pengasas bersama Grab, Tan Hooi Ling yang perlu gunakan teksi semasa bekerja di Kuala Lumpur ialah faktor keselamatan terutamanya ketika malam. Selain itu, agak sukar untuk menahan teksi di tepi jalan ketika hujan.
Boleh ke anda fikirkan apakah kemungkinan cabaran yang dihadapi oleh setiap keperluan ini?
📝Aktiviti penerokaan untuk murid!
Klik untuk lihat contoh jawapan yang ditulis di kertas.
Seorang usahawan bijak bukan sahaja mampu untuk mengenal pasti cabaran, tapi boleh gunakan cabaran ini sebagai pencetus kepada idea perniagaan yang bermanfaat.