Bahagian ini mengetengahkan komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui pelbagai tindakan dan program berimpak hijau. Inisiatif yang dijalankan menumpukan kepada aspek pendidikan berkualiti, tenaga bersih, komuniti lestari dan tindakan iklim. Setiap usaha ini mencerminkan tekad kami untuk menyumbang ke arah kesejahteraan sejagat dan kelestarian bumi bagi generasi akan datang.
Program Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs School Challenge) akan dilaksanakan bersempena dengan Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) 2025 bersempena dengan Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) 2025. Program ini dilaksanakan bagi menyokong usaha memperkukuh pendidikan kelestarian di Negeri Johor. Program ini mensasarkan amalan terbaik PdPc guru, projek inovatif murid sekolah menengah serta pertandingan bercerita murid sekolah rendah bagi Anugerah Guru Ikon SDGs dan Saintis Muda SDGs.
Pelaksanaan program ini selaras dengan Pendidikan Holistik 2.0: Pendidikan Kelestarian Jabatan Pendidikan Negeri Johor, yang berteraskan kepada Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor (PTPKJ) 2019–2025. Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kesedaran serta memberikan pendidikan alam sekitar kepada pelajar di seluruh negeri Johor, di samping membudayakan amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta menghakupayakan potensi pelajar sebagai generasi pencinta bumi yang bertanggungjawab.
Saintis Muda SDGs Kategori Sekolah Rendah
SK FELDA KEMELAH