Senarai kata kerja dalam penulisan objektif
Jenis kemahiran berfikir
Kemahiran berfikir kritis: kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional
untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah.
Kemahiran berfikir kreatif: kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu
yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak
mengikut kelaziman.
Kemahiran menaakul: membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.
Strategi berfikir: cara berfikir yang berstruktur dan berfokus dengan menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan yang berkesan (BPK, 2014).
Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Pelbagai perkongsian yang menarik dan berinformatif oleh para pendidik boleh diakses dalam Youtube🥰😍😋