😊 Setiap guru WAJIB menyediakan RPH🙂
Buku rekod mengajar merupakan buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
Rancangan Pelajaran Tahunan- Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.
Butiran yang perlu ada ialah:
a) Mata pelajaran
b) Tingkatan
c) Minggu
d) Tajuk/isi
e) Objektif
f) Kemahiran
g) Nilai
h) Bahan bantuan mengajar
Rancangan Pengajaran Harian- Rancangan berdasarkan rancangan tahunan (Surat Siaran 2/2025 e-RPH KPM)
Butiran yang perlu ada ialah:
Profil:
a) Mata Pelajaran
b) Kelas
c) Tarikh
d) Masa
e) Standard Kandungan
f) Standard Pembelajaran
Objektif
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Refleksi