Sekolah Kebangsaan Lambor Kiri (SK Lambor Kiri) ialah sebuah sekolah rendah yang terletak di Kampung Lambor Kiri, Bota Kiri, dalam daerah Perak Tengah, Perak. Sekolah ini berfungsi sebagai institusi pendidikan asas bagi komuniti luar bandar di kawasan tersebut.
SK Lambor Kiri mempunyai tiga bangunan utama untuk pembelajaran dan dua bangunan asrama, masing-masing untuk pelajar lelaki dan perempuan. Sekolah ini juga berperanan sebagai sekolah penyalur (feeder school) kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri (SMK Lambor Kiri), yang mula beroperasi pada 3 Januari 1989 dengan menumpang di kawasan SK Lambor Kiri sebelum berpindah ke bangunan sendiri pada 9 September 1991
Pada awal tahun 1970-an, pembinaan bangunan baru SK Lambor Kiri telah siap, dan ini mendorong komuniti setempat untuk memohon pembinaan sebuah sekolah menengah di Mukim Lambor Kiri. Permohonan ini disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota ketika itu, YB Dato' Haji Latif bin Haji Mohd Lazim, bersama-sama dengan Ketua-Ketua Kampung dari kawasan sekitar
SK Lambor Kiri terus memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan asas kepada anak-anak di kawasan luar bandar ini, dengan menekankan pembangunan akademik dan sahsiah pelajar.
Tahun 1904 : Bangunan asas di Kampung Pulau, Lambor Kiri dengan murid seramai 91 orang.
Tahun 1908 : Bangunan baru didirikan di Kampung Lambor Kiri ( tepi sungai Perak ) oleh kerajaan British ( sebuah bangunan sekolah dan sebuah rumah guru )
Tahun 1922 : Sekolah mula didaftarkan secara rasmi.
Tahun 1932 : Sebuah bangunan tambahan telah dibina untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah.
Tahun 1974 : Sekolah dua sesi diadakan untuk menampung jumlah murid yang ramai iaitu 290 orang.
Tahun 1980 : Berpindah ke bangunan baru yang serba lengkap berhampiran jalan raya.
Tahun 1988 : Sebuah bangunan dibina secara bergotong royong oleh penduduk kampung untuk kegunaan sekolah menengah. Bangunan ini digunakan oleh SK
Lambor Kiri pada tahun 1990.
Tahun 2003 : Sebuah bangunan makmal komputer dibina dan dilengkapi dengan 13 buah komputer.
Tahun 2005 : Sebuah bangunan Pra Sekolah dibina dan digunakan secara rasminya pada Januari 2006.
Kini : Bilangan pelajar seramai 112 orang bersama dengan 16 orang guru terlatih dan 3 orang kakitangan sekolah