JOM BACA BERSAMA
UNTUK 10 MINIT
PENGENALAN
Perpustakaan Digital SK Lambor Kiri merupakan satu inisiatif inovatif yang diwujudkan bagi memperkasa budaya membaca dan pembelajaran kendiri dalam kalangan warga sekolah. Menerusi platform ini, murid, guru dan ibu bapa boleh mengakses pelbagai bahan bacaan secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana jua. Perpustakaan ini menghimpunkan koleksi e-buku, video pembelajaran, kuiz interaktif, serta pautan ke laman pendidikan yang berkualiti tinggi.
Dengan adanya perpustakaan digital ini, SK Lambor Kiri bukan sahaja mengikuti arus digitalisasi dalam dunia pendidikan, malah turut memastikan proses pembelajaran menjadi lebih menarik, mudah diakses dan mesra pengguna. Inisiatif ini selaras dengan matlamat sekolah untuk melahirkan generasi celik teknologi yang berpengetahuan dan berdaya saing
Meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid dengan kaedah yang lebih menarik dan interaktif.
Menyediakan akses mudah kepada bahan pendidikan tanpa batasan masa dan tempat.
Menggalakkan penggunaan teknologi secara positif dalam proses pembelajaran.
Menyokong pembelajaran kendiri serta pemulihan pembelajaran murid.
Murid SK Lambor Kiri: Untuk membaca, mengakses maklumat dan membuat ulang kaji secara kendiri.
Guru: Sebagai sumber tambahan dalam PdPR dan pengajaran harian.
Ibu bapa: Untuk memantau dan menyokong pembelajaran anak-anak di rumah.
Akses 24/7 – Boleh digunakan pada bila-bila masa, termasuk di rumah.
Mesra pengguna – Antaramuka yang mudah digunakan oleh murid sekolah rendah.
Pelbagai bahan interaktif – Termasuk buku bergambar, video, kuiz, dan latihan.
Menjimatkan kos dan ruang – Tiada keperluan fizikal untuk simpanan buku.
Menyokong pembelajaran kendiri – Murid boleh memilih bahan mengikut minat dan tahap kemampuan.
Selaras dengan teknologi pendidikan – Menyokong inisiatif digitalisasi sekolah oleh KPM.