9.5 

Lokasi Bahan

9.5 LOKASI BAHAN


a) Rak Terbuka

Semua buku dan bahan bercetak seperti buku fiksyen dan buku bukan fiksyen diletakkan di atas rak terbuka.  Buku pada rak ini boleh dipinjam atau dikeluarkan dari PSS dengan menggunakan kad pintar atau kad pinjaman mengikut jangkamasa pinjaman yang ditetapkan iaitu satu minggu.  Selepas itu boleh disambung satu minggu lagi jika perlu.  Tidak dibenarkan meneruskan  pinjaman untuk minggu ketiga.

                    

b) Rak Rujukan Khas

Rak ini dikhaskan kepada buku-buku rujukan yang baru dibeli.  Buku di rak ini ditandakan dengan pelekat berwarna jingga.  Buku ini boleh dipinjam dalam jangkamasa dua hari dengan kebenaran guru perpustakaan.

 

c) Rak Tertutup

Rak tertutup untuk kamus dan ensiklopedia.  Buku-buku ini tidak boleh dibawa keluar dari PSS.  Ianya boleh digunakan di sepanjang waktu PSS dibuka. Buku-buku ini ditanda dengan pelekat bewarna merah.


d) Rak Majalah

Rak-rak ini dikhaskan untuk majalah terkini, majalah lama, terbitan berkala, jurnal dan buletin.  Majalah ini tidak boleh dibawa keluar dari PSS.  Ianya boleh digunakan di sepanjang waktu PSS dibuka.  Majalah ini ditanda dengan pelekat berwarna jingga.

 

e) Rak Rujukan Guru

Semua buku, kamus, ensiklopedia, desk copy, majalah untuk guru boleh dipinjam oleh guru selama dua hari dengan kebenaran guru perpustakaan.  Semua bahan ini ditanda dengan pelekat berwarna jingga.