PENGKARYA MUDA
PENGENALAN
Cerpen merupakan cerita pendek berbentuk formal dan tidak formal yang menggariskan perspektif atau cerita daripada sudut pandangan penulis. Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah untuk berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara kreatif melalui penulisan cerpen mengikut tema yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF
Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid.
Menyediakan platform meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Menggalakkan pemikiran kreatif, kritis dan komunikasi berkesan dalam penghasilan karya bermutu sejajar dengan objektif program NILAM yang telah ditambah baik.
Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis dengan menggalakkan penggunaan bahasa yang tepat, teratur, gramatis secara berseni dan kreatif.
Memantapkan objektif program NILAM yang mengalakkan murid menjana idea kreatif dan inovatif bagi aktiviti pembacaan dan penulisan.
Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN
PERTANDINGAN PENGKARYA MUDA PERINGKAT NEGERI WP KUALA LUMPUR 2023
Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah (13 tahun – 17 tahun) kategori:
✔ Bahasa Melayu
✔ Bahasa Inggeris
Terbuka kepada sekolah-sekolah yang mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Hasil karya murid mestilah dihantar dalam bentuk cerita pendek (cerpen)
Pertandingan ini disebar luas kepada PPD Daerah untuk dijalankan di peringkat daerah bagi pemilihan peserta wakil negeri bagi setiap kategori yang dipertandingkan
Tema bagi pertandingan 2023 ialah bertemakan Teknologi :
"Mendepani Cabaran Masa Hadapan
(Technology : To Face The Future Challenges)"
Berikut adalah perincian sasaran peserta:
(i) Mempunyai kemahiran dalam menghasilkan penulisan kreatif yang baik
(ii) Mendapat rekomendasi sebagai hasil penulisan terbaik daripada PPD
Urusetia PPD perlu menghantar 3 hasil penulisan terbaik kepada urus setia pertandingan pengkarya muda tahun 2023 (Negeri WP Kuala Lumpur) yang telah diberi mandat oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, KPM.
Bahan-bahan penulisan yang diterima akan menjadi hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan akan digunakan untuk diterbitkan semula jika perlu.
Keputusan hakim adalah muktamad.
Penulisan karya hendaklah menepati ciri-ciri seperti berikut:
✔ Had perkataan 1200 hingga 1500 patah perkataan
✔ Font Times New Roman bersaiz 14 dengan jarak langkau 1.5
✔ Karya dihantar dalam 2 format :
pdf dan
doc.x
✔ Setiap karya mestilah dilengkapi dengan TAJUK sahaja. Sebarang maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang penyertaan
✔ Cerpen mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain.
Karya plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta
✔ Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif dan menyentuh sensitiviti bangsa/kaum dan agama mana-mana pihak.
Semua karya dihantar secara dalam talian menerusi google form yang akan diberikan oleh pihak urus setia DAERAH MASING MASING.