ANUGERAH TOKOH NILAM
Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat, berpengetahuan, berfikiran kritis dan kreatif apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Seramai 64 peserta Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan 2023 akan terlibat dalam sesi pemilihan, melalui pencalonan oleh Jabatan Pendidikan Negeri pada tahun 2022.
Penilaian untuk memilih tokoh NILAM Kebangsaan dibuat secara bersemuka dimana para calon akan diverifikasi oleh penilai secara bersemuka. Pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan 2023 akan mengambil kira arahan terkini Kementerian Pendidikan Malaysia.
TATACARA PENILAIAN ANUGERAH NILAM 2023
Murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.
Tarikh akhir muat naik folio calon adalah pada tarikh yang ditetapkan melalui pautan yang dimaklumkan.
Pemilhan di peringkat negeri akan dilaksanakan pada 1tarikh yang telah ditetapkan (peringkat Negeri Kedah) dan (tertakluk kepada perubahan tarikh).
Pemilihan diperingkat negeri akan dilaksanakan secara bersemuka dan semua peserta akan dinilai secara bersemuka.
TATACARA PENILAIAN ANUGERAH NILAM
Penilaian Individu
Penilaian Individu diadakan selama 20-30 minit bagi setiap orang calon.
Calon diminta untuk menghujahkan pembacaan salah sebuah buku daripada lima pilihan. (Peserta pilih satu bahan bacaan sahaja). Peringatan penghujahan bahan bacaan yang dibaca tidak melebihi 10 minit.
Soalan terbuka. Penilai juga akan kaitkan soalan dengan isu semasa dengan bahan bacaan yang disampaikan oleh calon. Calon akan bersoal jawab dengan para hakim.
Penilaian bermula pada pukul 8.30 pagi. Penilaian murid akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan. Murid perlu bersedia 30 minit lebih awal daripada masa penilaian tersebut.
Pemarkahan
Isi Kandungan dan Pengolahan - (20%)
Penggunaan Bahasa - (10%)
Penyampaian/ Keupayaan Komunikasi - (15%)
Ketokohan dan Profil Murid - ( 5%)
Penilaian Kumpulan
Penilaian kumpulan diadakan selama 20-30 minit bagi setiap kumpulan.
Kumpulan terdiri daripada 4 orang calon daerah yang berlainan yang akan ditentukan secara undian.
Calon berkumpulan akan diberi lima soalan bertema. Soalan perbincangan akan diberi lima (5) hari sebelum penilaian.
Penilai akan memberikan lima tema. Murid akan pilih satu sampul. Murid-murid akan memberikan hujah berkaitan tema yang telah dipilih.
Penilaian bermula pada pukul 8.30 pagi. Penilaian kumpulan akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan. Calon perlu bersedia 30 minit lebih awal daripada masa penilaian tersebut.
Pemarkahan
Isi Kandungan dan Pengolahan - (20%)
Penggunaan Bahasa - (10%)
Penyampaian/ Keupayaan Komunikasi - (10%)
Interaksi dan kesepakatan dalam
komunikasi berkumpulan - (10%)
PENCALONAN TOKOH NILAM
Perlu didaftarkan oleh urus setia daerah sahaja.
Tarikh tutup pencalonan mengikut surat siaran.
Pencalonan perlu dibuat secara dalam talian melalui pautan yang akan dimaklumkan.
SURAT SIARAN