BICARA BUKU
PENGENALAN
Pertandingan Bicara Buku dijalankan bertujuan untuk menggalak dan melahirkan murid-murid yang mampu menyampaikan idea dan pandangan serta dapat melestarikan budaya pembacaan berkualiti. Menerusi pertandingan ini juga akan dapat membantu murid dalam proses pencarian ilmu pengetahuan dan literasi maklumat.
OBJEKTIF
Mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam bicara buku bersahaja dan meyakinkan.
Melestarikan budaya pembacaan berkualiti dalam kalangan murid sekolah secara berterusan.
Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid.
Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur dan membaca.