UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
KE ARAH PENDIGITALAN PENGURUSAN
UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
Dari kiri :
Puan Nurul Fildza binti Kumil Abdullah (Kaunselor Pendidikan Institut Pentadbiran), Datin Hjh Rosinah binti Edinin (Timbalan Pengarah), Dr. Hamidah binti Samsudin (Pengarah), Siban @ Stephen bin Apok (Ketua Unit), Puan Siti Mahani binti Mohamad (Kaunselor Pendidikan Institut Pelajar).
PENGENALAN
Jawatankuasa keutuhan di peringkat kabinet telah memutuskan semua kementerian menubuhkan Jawatankuasa Keutuhan dan pemulihan untuk membantu menangani masalah salahlaku dalam kalangan kakitangan. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan telah bertindak menubuhkan Unit Kaunseling dan Keutuhan pada tahun 2002 di bawah Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan selaras dengan SPP bil. 1/1999. Seterusnya pada Januari 2006, jawatan Kaunselor Pentadbir telah diwujudkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia secara rasmi di Institut Pendididkan Guru seluruh Malaysia.
Melalui penstrukturan semula, Cawangan Kaunseling dan Keutuhan kini dikenali sebagai Bahagian Psikologi dan Kaunseling pada tahun 2008 dan jawatan Ketua Unit Kaunseling telah diwujudkan bagi memantapkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling berteraskan kaunseling yang berkesan dan profesional.
Fungsi dan peranan Unit Psikologi dan Kaunseling ini adalah untuk mempertingkatkan mutu kerja, potensi dan kesejahteraan modal insan di Institut Pendidikan Guru. Seterusnya mulai tahun 2010 jawatan Kaunselor Pelajar dan Kaunselor Pentadbir telah diwujudkan di Institut Pendidikan Guru seluruh negara bagi memantapkan perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling. Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent (IPGK Kent) adalah unit yang mengendalikan hal ehwal psikologi, pengurusan emosi serta kaunseling bagi pensyarah, staf sokongan dan para guru pelatih.
Unit Psikologi Dan Kaunseling IPG Kampus Kent telah berjaya mendapat pengiktirafan Anugerah Gemilang 5 Bintang Penarafan Standard Kualiti Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi berdasarkan Pemantauan Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia pada Tahun 2019, 2020 dan 2021. Semoga pengiktirafan ini dapat meningkatkan lagi kompetensi kaunselor-kaunselor IPGK Kent dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga IPGK Kent khususnya.
KEJAYAAN UNIT
1) Anugerah Tempat Pertama (Anugerah 5 Bintang)
Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) IPG Kampus Kent mencatat sejarah apabila dinobatkan mendapat Anugerah Tempat Pertama (Anugerah 5 Bintang) bagi kategori Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh Malaysia dalam Penarafan Standard Kualiti Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi (SKPKP) 2.0 sempena Hari Kualiti Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi Kementerian Pendidikan Malaysia Anjuran BPsK KPM yang dirasmikan oleh Puan Salamiah binti Monshie, Setiausaha Bahagian, Bahagian Psikologi dan Kaunseling yang berlangsung pada 23 November 2021 secara atas talian. Salah satu punca kejayaan UPsK Kent adalah sokongan padu daripada Ybhg. Dr. Hajah Rosmawati binti Hamzah (Pengarah IPG Kampus Kent) dan Ybhg. Datin Dr. Hajah Rosinah Edinin (Timbalan Pengarah). Dengan pimpinan Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling, Encik Stephen bin Apok, K.B.;P.A, serta kerja keras dan komitmen Pn Nurul Fildza binti Kumil Abdullah, K.B.; P.A (Kaunselor Pendidikan Pentadbiran) dan Puan Siti Mahani binti Mohamad, K.B.;P.A (Kaunselor Pendidikan Pelajar) bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan UPsK.
2) Anugerah Best of the Best
Kumpulan Inovasi IPGK Kent, Tuaran, Sabah sekali lagi mencatat sejarah apabila memenangi Anugerah Best of the Best dalam Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Psikologi dan Kaunseling Peringkat KPM 2021 sempena Persidangan Kaunselor Pendidikan Peringkat Antarabangsa KPM 2021 anjuran BPsK KPM yang berlangsung dari 5 hingga 7 Oktober 2021 secara atas talian yang dirasmikan oleh YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia KPM. Sebelum itu, inovasi yang bertajuk Alangkah Baiknya telah pun mendapat banyak penghargaan daripada kaunselor, pensyarah, guru-guru dan pelajar-pelajar dari luar negara dan dalam negara. Sokongan padu daripada Ybhg. Dr. Hajah Rosmawati binti Hamzah (Pengarah IPG Kampus Kent) dan Ybhg. Datin Dr. Hajah Rosinah binti Edinin (Timbalan Pengarah) serta barisan pengurusan tertinggi merupakan punca kejayaan dan kemenangan pertandingan ini. Komitmen dan dedikasi Ketua Kumpulan iaitu Pn Nurul Fildza binti Kumil Abdullah, K.B.; P.A (Kaunselor Pendidikan Pentadbiran) serta ahli-ahli kumpulan yang bekerja keras dalam memastikan kejayaan kumpulan termasuklah En Mohd Said bin Julpin, K.B.; P.A, Dr. Khoo Chwee Hoon, Dr. Kok Boon Shiong dan Cik Lajiwin Kudun @ Jovinia.
3) Anugerah Pingat Emas
Kumpulan Inovasi IPGK Kent, Tuaran, Sabah terus mencatat sejarah apabila memenangi Anugerah Pingat Emas Kategori Teknikal/Alat/Terapi dalam Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Psikologi dan Kaunseling Peringkat KPM 2021 sempena Persidangan Kaunselor Pendidikan Peringkat Antarabangsa KPM 2021 anjuran BPsK KPM yang berlangsung dari 5 hingga 7 Oktober 2021 secara atas talian yang dirasmikan oleh YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia KPM. Sebelum itu, inovasi yang bertajuk Alangkah Baiknya telah pun mendapat banyak penghargaan daripada kaunselor, pensyarah, guru-guru dan pelajar-pelajar dari luar negara dan dalam negara. Sokongan padu daripada Ybhg. Dr. Hajah Rosmawati binti Hamzah (Pengarah IPG Kampus Kent) dan Ybhg. Datin Dr. Hajah Rosinah binti Edinin (Timbalan Pengarah) serta barisan pengurusan tertinggi merupakan punca kejayaan dan kemenangan pertandingan ini. Komitmen dan dedikasi Ketua Kumpulan iaitu Pn Nurul Fildza binti Kumil Abdullah, K.B.; P.A (Kaunselor Pendidikan Pentadbiran) serta ahli-ahli kumpulan yang bekerja keras dalam memastikan kejayaan kumpulan termasuklah En Mohd Said bin Julpin, K.B.; P.A, Dr. Khoo Chwee Hoon, Dr. Kok Boon Shiong dan Cik Lajiwin Kudun @ Jovinia.
4) Anugerah Khas Berimpak Tinggi
Kumpulan Olumis (bermakna cantik) terus mengorak langkah dan mencatat sejarah apabila mendapat Anugerah Khas Berimpak Tinggi dalam kategori Penambahbaikan sempena Karnival KIKPK 2021 anjuran BPG, KPM dan Yayasan Guru Tun Hussein Onn yang berlangsung dari 21-23 September 2021 secara atas talian. Sebelum itu, projek Alangkah Baiknya yang dihasilkan oleh Kumpulan Olumis telah mendapat penghargaan daripada kaunselor, pensyarah, guru-guru dan pelajar-pelajar dari luar negara dan dalam negara hasil daripada perkongsian secara atas talian. Salah satu punca kejayaan Kumpulan Olumis adalah sokongan padu daripada Ybhg. Dr. Hajah Rosmawati binti Hamzah (Pengarah IPG Kampus Kent) dan Ybhg. Datin Dr. Hajah Rosinah binti Edinin (Timbalan Pengarah). Komitmen dan dedikasi Ketua Kumpulan iaitu En. Mohd Said bin Julpin serta Fasilitator Kumpulan iaitu Pn. Nurul Fildza binti Kumil Abdullah akhirnya berjaya membawa kumpulan Olumis bersama-sama 30 kumpulan lain ke peringkat akhir Karnival KIKPK 2021 setelah melepasi peringkat saringan dari 101 peserta. Ahli-ahli kumpulan Olumis yang telah bekerja keras dalam memastikan kejayaan kumpulan termasuklah Pn Low Kee Sun (Pensyarah Cemerlang JSTEM), Dr Khoo Chwee Hoon (Pensyarah Kanan JSTEM), Dr Kok Boon Shiong (Pensyarah Cemerlang JPPI), Pn. Juliana Dumpil (Ketua Jabatan JPIP), En. Stephen Apok (Ketua Unit UPsK), En. Mohd Fauzi bin Azraii (Pensyarah Akademik dari JPIP), En. Syhibin bin Japar (Pensyarah Cemerlang Unit Kokurikulum) dan Cik Lajiwin Kudun @ Jovinia (Pensyarah Kanan JPIP).
Peneraju Pemerkasaan Kesejahteraan Insan
MISI UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
Pembestarian Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk memperkembangkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara