Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam pengurusan amalan profesional bagi melahirkan bakal guru yang berkualiti, kreatif dan proaktif untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti yang dihasratkan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) iaitu keberhasilan pendidikan sebagai pembangunan modal insan yang berkualiti ke arah mencapai taraf negara maju.
Amalan profesional terdiri daripada tiga komponan iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan Intership. Melalui PBS pelajar memperoleh kefahaman awal tentang alam persekolahan dengan melakukan pemerhatian, penelitian dokumen dan interaksi pelajar dengan komuniti sekolah. Praktikum atau latihan mengajar pula sebagai komponan utama amalan professional yang merupakan medan latihan pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan guru pembimbing dan pensyarah penyelia serta memberi tumpuan kepada amalan refleksi dan penulisan jurnal reflektif. Manakala internship merupakan satu fasa transisi dalam melahirkan guru permulaan yang professional bersikap kepimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah disamping amalan pengajaran dan pembelajaran.
Fokus utama pelaksanaan amalan profesional adalah untuk memantapkan pelaksanaan praktikum sedia ada dengan merujuk kepada pendekatan Nexus Theory and Practices bagi merapatkan jurang antara teori dengan praktis pelajar IPG dengan sekolah. Pemantapan pelaksanaan praktikum secara bertema dengan menambahbaik program pementoran, meningkatkan kualiti pemerhatian dan penyeliaan klinikal. Amalan profesional juga merupakan landasan yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan kemahiran dan nilai dalam situasi sebenar di dalam dan di luar bilik darjah. Keseluruhannya amalan professional adalah bertujuan menghasilkan guru-guru novis yang berkualiti dan proaktif.