Projek ini bertujuan memperkenalkan murid kepada teknik montaj dalam menghasilkan poster bertemakan perayaan. Montaj ialah satu teknik seni visual yang menggabungkan pelbagai bahan seperti gambar, kertas berwarna, keratan majalah, fabrik, dan pelbagai tekstur untuk membentuk satu hasil karya yang menarik. Dalam projek ini, murid akan memilih tema perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai atau Krismas, dan mencipta sebuah poster yang menggambarkan elemen budaya, simbolik dan suasana perayaan tersebut.
Melalui teknik montaj, murid dapat meneroka gabungan elemen seni seperti warna, rupa, jalinan dan ruang, sambil mengembangkan daya kreativiti serta keupayaan membuat keputusan visual yang bermakna. Aktiviti ini juga mendorong murid untuk berfikir secara kritikal dan menyampaikan mesej melalui simbol dan susun atur visual. Selain daripada meningkatkan minat terhadap seni dan budaya, projek ini turut menggalakkan pemahaman terhadap kepelbagaian budaya serta menyemai semangat perpaduan dan hormat-menghormati dalam kalangan murid.
Assalamualaikum murid-murid...adakah anda sudah bersedia untuk pembelajaran hari ini? Mari kita lihat sepintas lalu tentang sambutan perayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.