Gambar di bawah merupakan kad imbas rukun Islam. Sila klik atau slaidkan gambar tersebut
(PENGAPLIKASIAN RUKUN ISLAM DALAM KEHIDUPAN)
Anak-anak yang ustazah sayangi sekalian, dengan mengamalkan rukun Islam dalam kehidupan seharian, dapat membentuk kamu menjadi seorang muslim yang baik. Jadi berikut merupakan tips untuk kamu menjadi seorang muslim yang baik:
Melazimi membaca syahadah sehingga lancar
Belajar untuk solat 5 waktu tanpa meninggalkannya.
Berazam untuk berpuasa penuh pada tahun ini kerana dengan berpuasa dapat mendidik kamu bersabar dan menjaga pemakanan.
"Nabi Muhammad SAW berkata, orang yang paling kuat adalah orang yang bersabar"
Dengan mengamalkan membayar zakat dapat memupukdiri kamu untuk sentiasa bersedekah dan memupuk sifat suka membantu. Cuti ni rajin-rajinlah bantu ibu bapa kamu ya. ^^
Kamu tahukan untuk menunaikan haji perlu menaiki kapal terbang? Jadi belajar dari sekarang untuk menabung dan berjimat cermat.