NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1: ISTINJAK
Assalamualaikum semua..Hari ini kita akan belajar mengenai istinjak. Sedikit saja ustazah nak sentuh iaitu perkara asas mengenai istinjak.
-Apa itu istinjak?
-Apakah hukum istinjak?
-Apakah alat yang digunakan untuk beristinjak?
-Bilakah kita perlu beristinjak selain daripada air?
Istinjak adalah menghilangkan najis daripada qubul dan dubur dengan menggunakan air atau benda-benda kesat, atau kedua-duanya sekali.
Hukum beristinjak adalah WAJIB
Alat-alat untuk beristinjak selain daripada air ialah:
(boleh rujuk buku teks muka surat 93
1 - tisu
2 - batu
3 - daun
Alat-alat istinjak ini selalu digunakan apabila tiada air.
p/s: ustazah ambil nota ni di dalam buku teks, sebab tu ia ringkas.
Sumber: Buku teks, gambar di internet