Orienteering mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke-19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuai orienteering tersebut menjadi sebuah sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan boleh diterima oleh ramai. Beliau telah diberi gelaran sebagai "Bapa Orienteering".
Orienteering mengikut Model Killander merangkumi pelbagai aspek yang diperlukan dalam orienteering termasuklah memerlukan daya ketahanan, stamina, kecekapan berlari, kekuatan mental dna juga penggunaan skil navigasi dalam bentuk muka bumi yang lebih mencabar.
International Orienteering Federation (IOF) telah ditubuhkan pada tahun 1961 dengan 10 negara yang terlibat. IOF telah menganjurkan banyak kejohanan-kejohanan dunia dalam orienteering ini termasuklah World Orienteering Championships (WOC), World Cup (WC), Junior World Orienteering Championships (JWOC), Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC) dan World Masters Orienteering Championships (WMOC).
Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983. Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983. Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986.
Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.
Orienteering Pendidikan Luar di Tanjung Tuan yang melibatkan pelajar Pendidikan Jasmani IPGKIK Ambilan Jun 2020 (PJ RAVEN)
Sebarang maklum balas tentang page ini (Orienteering) boleh diberikan melalui qr kod yang telah disediakan.
Sekian, Terima kasih😊
Sebarang pertanyaan: