Pendidikan Luar merupakan corak pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik dariah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Media utama pendidikan luar adalah alam sekitar. Pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif.
Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. la juga bertujuan memupuk perasaan bertanggungjawab terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar menggalakkan pelajar untuk menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan fizikal seperti berkayak, tali temali, bantu mula, keyakinan dalam air, ikhtiar hidup, menyelam, pengurusan perkhemahan, memanjat dinding, orientasi dan sebagainya.
Pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, pendidikan luar mampu meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta meningkatkan tahap disiplin diri.
Menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan, Pendidikan luar juga dapat menguji semangat keriasama secara berpasukan. Selain itu, pendidikan luar mampu memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan individu yang benar-benar berkualiti serta mampu member sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Pendidikan luar adalah satu "pendidikan dalam, untuk, dan mengenai alam luar".
Pendidikan luar ialah suatu perkara yang mempunyai perkaitan. Perkaitan tersebut mengenai bukan sahaja sumber semula jadi , tetapi juga manusia dan masyarakat
Matlamat pendidikan luar adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat serta melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu. Oleh itu, pendidikan luar haruslah mengandungi unsur-unsur pendidikan, etika, dan perpaduan.
Memberikan pengalaman secara amali yang dapat meningkatkan pemahaman para siswazah tentang dunia nyata di luar pembelajaran berkaitan teori.
Membantu individu meningkatkan ketrampilan kritis seperti kepimpinan, kerjasama, komunikasi dan pemecahan masalah.
Meningkatkan pengetahuan individu untuk mendapatkan pengetahuan tambahan tentang topik tertentu .