A01 BIODATA DIRI
A01 BIODATA DIRI
A02 SURAT PENGENALAN DIRI
A02 PERNYATAAN PROFESIONAL
PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 2
A. SEBELUM PRAKTIKUM
Latihan professional praktikum yang akan saya jalani di Sekolah Kebangsaan Tehel secara atas talian selama 12 minggu bermula dari 28 Julai hingga 8 Oktober 2021. SK Tehel terletak di KM 16, Bembam, Jasin, Melaka. Sekolah ini juga merupakan sekolah sama yang saya menjalani latihan praktikum fasa 1. Pensyarah yang akan melakukan penyelian saya adalah Pn Zizawati Bt Fauzi (bidang teras) dan Pn Noraini Bt Mohamad bagi elektif teras. Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 25 Jun 2021 secara atas talian yang disampaikan oleh Unit Praktikum. Sesi taklimat ini disampaikan oleh En. Mohammad Azmi bin Roslin dan dibantu oleh Pn. Afrah Salwani binti Jusoh. Kami telah diberi penerangan secara keseluruhan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan praktikum fasa kedua ini seperti proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian di rumah atau PdPR. Memandangkan ini merupakan praktikum fasa kedua bagi PISMP JUN 2018, pihak unit praktikum dan IPGKPM mengharapkan prestasi guru pelatih semakin baik dan bertambah cemerlang. Antara harapan saya sepanjang menjalani praktikum fasa dua ini adalah untuk membuat penambahbaikkan terhadap kemahiran mengajar, membentuk interpersonal dan intrapersonal saya sebagai seorang guru sekaligus membantu meningkatkan etika profesional keguruan dalam diri saya. Saya juga berharap dengan cabaran sepanjang berpraktikum secara atas talian ini, saya akan lebih kreatif dan kritis dalam mengolah dan mencorakkan pengajaran dan pembelajaran saya. Disamping itu, dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Saya juga akan cuba sedaya upaya untuk memanfaatkan kemudahan teknologi dan sumber untuk memastikan pengajaran saya mencapai objektif dan berhasil.
B. SEMASA PRAKTIKUM
Praktikum merupakan salah satu cara bagi seorang guru pelatih melatih diri untuk mengajar dan membiasakan diri dengan suasana pembelajaran sekolah sebelum ke situasi yang sebenar di sekolah. Ini juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta mendapat bimbingan daripada pensyarah dan guru pembimbing. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan semasa praktikum di sekolah. Selain daripada mengajar, saya juga perlu membuat perancangan yang tersusun dan sistematik iaitu dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Rancangan tersebut perlulah disediakan dengan lebih awal serta bahan bantu belajar yang digunakan juga perlu saya sediakan sebelum mengajar. Selain daripada itu, saya perlu melengkapkan portfolio praktikum secara atas talian menggunakan Google Sites. Saya turut menyediakan fail secara salinan bercetak (hardcopy). Tidak lupa juga dengan persiapan dari segi mental fizikal dimana saya harus menghadapi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian. Hal ini penting sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam fasa pelaksanaan, saya perlu bersedia untuk dipantau dan dibimbing oleh pensyarah penyelia secara atas talian melalui Google Meet dan video pengajaran di platform YouTube untuk melihat bagaimana saya mengajar dan melaksanakan PdPR. RPH perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan dengan baik dan lancar. Saya perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan semasa melaksanakan PdPR seperti murid tidak menyertai PdPR dan masalah capaian internet. Oleh itu, saya telah mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, dan teknik pengajaran yang telah dipelajari sepanjang menuntut di IPG agar murid-murid tidak bosan semasa sesi PdPR berlangsung. Aktiviti yang dijalankan juga hendaklah bersesuaian dengan perkembangan murid-murid. Bukan itu sahaja, saya perlu melibatkan diri dengan bidang kokurikulum seperti Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan yang dilaksanakan secara atas talian. Saya akan berkongsi ilmu dan pengalaman saya semasa di IPG dengan murid-murid di sekolah tersebut dan mengaplikasikannya. Latihan kokurikulum yang terdapat di IPG banyak membantu saya apabila ketika menjalani praktikum. Hubungan yang mesra dan baik dengan semua kakitangan sekolah terutamanya dengan guru pembing dan guru subjek, saya amalkan agar tidak wujud jurang antara guru pelatih praktikum dengan pihak sekolah. Hal ini akan memudahkan saya untuk berinteraksi dan berkomunikasi yang merupakan perkara yang paling penting dalam pelaksanaan PdPR. Sepanjang berpraktikum, kami selaku guru praktikum telah diberikan tugas untuk melaksanakan program Hari Malaysia bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan dan memupuk semangat patriotisme dalam diri murid. Program Khas Anak Malaysia telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Tehel, Pn Pawziah Bt Md Ali pada 16 September 2021. Saya bersama rakan-rakan yang lain bekerjasama dalam menjayakan program secara atas talian ini dengan dibantu oleh kakitangan Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) SK Tehel. Program sebegini berjaya melatih saya sebagai seorang guru mengurus dan melaksanakan program secara atas talian.