Selamat Datang Ke Laman E-Fail Praktikum Fasa 2!
Selamat Datang Ke Laman E-Fail Praktikum Fasa 2!
PENGHARGAAN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi.
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang membantu dan membimbing saya sepanjang menjalani praktikum fasa dua terutamanya ibu bapa, pihak pensyarah penyelia, guru pembimbing, rakan-rakan seperjuangan serta tidak lupa kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tehel.
KOLEKSI VIDEO PENGAJARAN (CHANNEL YOUTUBE)
CLASS HELPER (LAMAN GOOGLE SITES)
Class Helper merupakan sebuah laman Google Sites yang disediakan bagi memudahkan murid PPKI SK Tehel dan ibu bapa untuk mengakses bahan-bahan pengajaran subjek Bahasa Melayu Tahun 2 dan Pengurusan Diri yang telah disediakan bagi proses PdPR. Class Helper ini bertujuan bagi mengelakkan murid ketinggalan dalam pembelajaran akibat keciciran maklumat. Murid boleh merujuk maklumat, bahan pengajaran, video serta latihan kelas terdahulu melalui laman Class Helper ini.
MAKLUMAT UMUM SEKOLAH
Penyelaras PPKI - Pn Julitah Bt Minhad
Guru PPKI - Pn Maisara Bt Othman
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) - Pn Hawa Bt Abdul Rahman
SEKOLAH KEBANGSAAN TEHEL,
KM. 16, BEMBAM, 77200 JASIN,
MELAKA
TEL : 06-2682713
EMAIL : mba1016@moe.edu.my
SK Tehel merupakan sekolah kawasan luar bandar yang terletak di daerah Jasin, Melaka. Sekolah ini mempunyai seramai 315 orang murid dan 31 orang staff sekolah. Jarak antara SK Tehel dan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka adalah sekitar 16 km. Secara keseluruhan, saya berasa sangat bertuah kerana dapat berpeluang menjalani latihan profesional praktikum fasa 2 di SK Tehel kerana suasana sekolah yang positif dan dapat memberikan pengalaman berharga buat diri saya serta membantu membentuk etika profesional keguruan saya.