MAKLUMAN PERTANDINGAN 

KELAYAKAN PENYERTAAN

a) Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6)

b) Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5)

GARIS MASA PERTANDINGAN

 SYARAT PERTANDINGAN

1. Berbentuk penceritaan dalam animasi grafik. (bergantung kepada penghasilan hasil pembelajaran atau penceritaan)

a) Mempunyai papan cerita (storyboard) - iaitu mempunyai plot penceritaan, penggabungan watak, latar  belakang, rentetan peristiwa serta sebab dan akibat.

b) Mempunyai bunyi latar sama ada adunan muzik, bunyi, voice-over atau kesemua/sebahagian daripadanya.

c) Tempoh tayangan adalah antara 3 hingga 5 minit (termasuk intro, montaj dan penghargaan).

d) Produksi mestilah asli dan bukan tiruan atau diplagiat dari mana-mana karya yang sudah diterbitkan. Setiap runut bunyi yang mempunyai hak cipta terpelihara, butiran penerbit, pelantun dan pencipta runut bunyi tersebut perlu mendapat kebenaran bertulis dan dinyatakan dengan jelas dalam animasi tersebut.

e) Produksi adalah ciptaan asal peserta dan tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan animasi atau yang sepertinya.

f) Berteraskan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

g) Bersesuaian untuk penggunaan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

h) Tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu.

i) Produksi hendaklah dalam Bahasa Melayu sahaja. (Buku Teks Sains dalam Bahasa Inggeris hendaklah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu hasilnya.


2.     Produksi yang dihasilkan hanya dalam bentuk animasi. Teknik-teknik animasi yang diterima adalah:

   a. Tradisional

   b. Stop motion

   c. Computer animation (2D/3D)

   d. Teknik-teknik penghasilan animasi yang lain

KRITERIA PENILAIAN