PERINGKAT NEGERI
SSTP negeri akan melantik hakim yang berpengalaman luas dalam bidang animasi;
Lantikan juri adalah tertakluk kepada kelolaan SSTP, JPN;
Hasil animasi terbaik bagi setiap kategori akan dipilih oleh juri untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan;
Keputusan juri adalah muktamad.
PERINGKAT KEBANGSAAN
Jawatankuasa penganjur akan melantik panel juri daripada rakan industri yang berpengalaman untuk mengadili kesemua kategori atau anugerah yang dipertandingkan;
Juri adalah diperakui kepakaran atau bidangnya dan telah dilantik oleh pihak penganjur;
Penjurian bermaksud proses dan tatacara menilai dan memilih calon yang mencapai tahap untuk diberi anugerah;
Anggota juri adalah berkecuali; dan
Keputusan juri adalah muktamad.
HADIAH PERTANDINGAN DST 2023
Sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada peserta sekiranya mendapat 40 markah dan ke atas semasa penilaian peringkat negeri. Sijil ini akan dikeluarkan oleh negeri masing-masing.
Pasukan yang mewakili negeri akan menerima sijil penyertaan peringkat kebangsaan.
Tawaran hadiah bagi setiap kumpulan adalah seperti berikut:
Sekolah Menengah
Tempat Pertama : RM 2,000 + Trofi + Sijil Pengiktirafan
Tempat Kedua : RM 1,000 + Trofi + Sijil Pengiktirafan
Tempat Ketiga : RM 500 + Trofi + Sijil Pengiktirafan
Saguhati : RM 50 + Sijil Penyertaan (setiap peserta)
Sekolah Rendah
Tempat Pertama : RM 1,000 + Trofi + Sijil Pengiktirafan
Tempat Kedua : RM 500 + Trofi + Sijil Pengiktirafan
Tempat Ketiga : RM 200 + Trofi + Sijil Pengiktirafan
Saguhati : RM 30 + Sijil Penyertaan (setiap peserta)