TicTac-G adalah satu teknik pemahaman terhadap sifir nombor genap iaitu sifir 2, 4, 6 dan 8. Teknik ini diinovasikan daripada konsep permainan Tick Tack Toe (XOX) dan urutan nombor dalam telefon bimbit.
TicTac - G membantu murid untuk menguasai sifir nombor genap tanpa menggunakan teknik hafalan. TicTac - G dimulai mengikut arah anak panah masing- masing dimulakan dengan Sifir 2 (G2), Sifir 4 (G4) Sifir 6 (G6) dan Sifir 8 (G8) bagi menentukan Nombor Belakang (NB). Bagi Nombor Depan (ND) pula sentiasa dimulai mengikut corak nombor pada telefon bimbit dengan syarat "Naik - Kekal, Turun - Tambah 1". Teknik ini sangat mudah dikuasai dan sangat membantu murid dalam topik yang melibatkan pendaraban dan pembahagian terutama ketika menjalani ujian.
VIDEO PEMBELAJARAN