Linangan gembira, kesyukuran dirasa. Menadah tangan dan mengucap syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan berkatnya dapat kami menghirup udara untuk terus berusaha dalam membina sebuah motivasi hidup agar lebih bersemangat waja untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan baik dan lengkapnya. Bersyukur kami kepada yang Maha Esa kerana sentiasa berada di samping untuk memberikan kami akal fikiran yang bernas dalam melontarkan idea untuk menyiapkan pentaksiran berterusan ini.
Ucapan penghargaan kami tujukan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Kent di atas kesudian untuk menyediakan pelbagai fasiliti yang kami gunakan untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Misalnya, sumber rujukan dari segi buku, majalah, jurnal dan banyak lagi. Kami amat berterima kasih juga kepada pihak ipg kerana telah menyediakan rangkaian kawasan setempat tanpa wayar untuk kami lebih mudah mendapatkan sumber rujukan daripada internet yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.
Sekalung budi dan ucapan terima kasih kami tujukan khas buat pensyarah kami bagi kursus GAPD1032 iaitu Pn. Jovinia binti Jowinis kerana telah memberikan kami didikan awal dan bimbingan mengenai penerangan dalam proses menyiapkan pentaksiran berterusan ini. Kami juga amat berterima kasih kerana memberikan pengetahuan awalan berkaitan dengan tajuk tugasan yang kami hasilkan. Terima kasih kami ucapkan.
Seterusnya, kami juga mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada dua insan yang bergelar ibu dan ayah kerana sentiasa membekalkan kami bahan-bahan untuk digunakan dalam penghasilan kerja kursus ini. Kami amat bersyukur kerana mempunyai orang tua seperti mereka yang sentiasa menyokong anak mereka yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Segala jatuh bangun kami, mereka juga tempat mengadu untuk melepaskan segala masalah di dada. Sekalung budi dan penghargaan buat ibu dan ayah.
Ucapan apresiasi kami tujukan kepada rakan seperjuangan di atas sokongan dan dorongan sepanjang kami menghasilkan tugasan ini. Tanpa mereka tidaklah kami dapat menyiapkan kerja kursus ini.