DIGITAL LEARNING OBJECT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
Admin : KU Pembelajaran Digital JKA
Admin : KU Pembelajaran Digital JKA
PENGENALAN
Digital Learning Object (DLO) merupakan projek pembinaan bahan PdP e-Learning yang dibangunkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi tujuan menjadi panduan dan sumber resos kepada para pensyarah dan pelajar IPGK seluruh Malaysia dalam meneroka dan melaksanakan eksplorasi pembelajaran bermakna berbantukan teknologi digital.
Mesyuarat Senat IPGM kali ke-48 telah meluluskan Dasar Pembelajaran Digital IPG (DaPed IPG) dan Kod Amalan Pembelajaran Teradun pada 26 Jun 2019.
Mesyuarat Pengurusan Tertinggi IPGM Bil. 8/2019 pula telah meluluskan cadangan Pelan Tindakan Dasar Pembelajaran Digital IPG (DaPed IPG) pada 30 Ogos 2019 dan telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Senat IPGM kali ke-49 serta telah diterima untuk dilaksanakan.
Semua pensyarah dan pelajar perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memperkasakan amalan pembelajaran digital.
Pengetahuan dalam Technological, Pedagogical and Content Knowledge (TPACK) dalam kalangan pensyarah dan pelajar IPGK perlu dimantapkan melalui integrasi teknologi digital yang relevan dan terkini kepada amalan PdP di IPGK selaras dengan Inisiatif BF1 Domain 5 (D5).
Pensyarah juga perlu menerapkan pengetahuan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dan pengetahuan memanfaatkan alatan dan resos digital (Triple E, 3R, SAMR dan DLO) untuk membudayakan amalan pembelajaran digital. (Rujukan : MINIT MESYUARAT PERANCANGAN PELAKSANAAN KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA BAGI TAHUN 2020 IPGM, Bil. Mesyuarat: Bil. 1 Tahun 2020).
Mesyuarat Ketua Unit Pembelajaran Digital IPGM Bil 2 dan 3 Tahun 2020 telah merangka satu garis panduan tentang pelaksanaan untuk membudayakan amalan pembelajaran digital dikalangan pensyarah dan pelajar.
KONSEP PEMBINAAN DLO-KPPB
DLO
KONSEP DLO
CIRI-CIRI DLO-KPPB
KERANGKA DLO 1
KERANGKA DLO 2
6C
3R
ELEMEN DLO-KPPB
BAHAN RUJUKAN DLO-KPPB